Kami mula mengusahakan tanaman fertigasi ini sejak awal tahun lepas. Pada tika itu hanya pengetahuan asas sahaja yang kami perolehi. Kami mulakan dengan 96 pokok cili kulai. Daripada situ kami mula menimba pengalaman serta memahami segala permasalahan yang timbul terhadap pokok cili dan sistem fertigasi ini.
Mungkin rezeki daripada Allah Taala, kami dapat mengikuti kursus anjuran Agrobank dengan kerjasama Mayconsult serta Utusan Malaysia. Tenaga pengajar adalah Dr Mahamud Shahid iaitu Pegawai Penyelidik Prinsipal daripada Mardi di mana individu yang bertanggungjawab membawa teknologi ini ke Malaysia yang kini diusahakan secara meluas di tanah tinggi Cameron.
Kelangsungan daripada itu jugalah berkat nama pengusaha tanaman fertigasi, kami menambah ilmu sedikit lagi setelah bertemu seorang yang ahli dalam bidang Bio Pertanian. Beliaulah yang mmeberi tips bagaimana menjamin pokok dalam keadaan baik dan sihat dengan kos yang minima.
Selepas itu perjumpaan empat mata secara individu telah memberi peluang kepada kami untuk membuat sendiri campuran baja AB serta lain-lain bahan tambahan untuk memastikan pokok dalam keadaan yang optima.
Setelah bersusah payah siang dan malam, panas dan hujan. Hasilnya, kepuasan yang kami terima... alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.
Pada masa sekarang harga pasaran mencecah hingga RM20/sekg. Bayangkanlah betapa ktitikalnya bekalan cili pada masa kini. Bekalan yang tidak pernah mencukupi walau di mana sahaja.
Nasihat saya, samada cili kulai ataupun cili api, padi semerah atau apa saja variannya... surveylah... kerana setiap jenis mempunyai pasaran tersendiri.
Kedua; jalinkanlah kerjasama sesama pengusaha supaya idea, masalah, pasaran dapat dikongsi bersama
No comments:
Post a Comment