30 August 2010

Perbandingan Antara Fertigasi & Penanaman secara Konvensional


Kualiti Hasil - Fertigasi: Tinggi / Konvensional: Tidak menentu

Mengutip Hasil - Fertigasi: Lebih cepat dipetik hasilnya (pokok lebih subur) serta tempoh mengutip hasil lebih panjang / Konvensional: Lambat mengutip hasil lebih-lebih lagi ketika musim kemarau ataupun waktu musim tengkujuh yang berpanjangan serta tempoh mengutip hasil lebih pendek.

Kejerihan - Fertigasi: Rendah / Konvensional: Tinggi

Kesan ke atas alam sekitar - Fertigasi: Mesra alam (penggunaan baja dan racun yang terkawal) / Konvensional: Penggunaan najis haiwan boleh menyebabkan pencemaran alam (udara), air bawah tanah mungkin tercemar selain boleh menyebabkan hakisan tanah sekiranya ditanam di lereng-lereng bukit. Selain itu boleh berlaku timbun-tambah garam-garam galian dalam batas-batas tanaman (pH terlalu rendah dan EC pula terlalu tinggi-tanah perlu diperbaiki atau dirawat untuk mendapatkan hasil yang baik untuk tanaman musim berikutnya.

Keselesaan bekerja - Fertigasi: Lebih panas kerana hawa panas di dalam rumah lindungan hujan. Boleh bekerja pada bila-bila masa walaupun di hari hujan. / Konvensional: Kurang panas, tetapi di kala hujan tidak boleh bekerja. Tanah pula tidak boleh dibajak dimusim hujan kerana terlalu lembut manakala dimusim panas yang berpanjangan, tanah pula terlalu keras.

Pengurusan dan Penjagaan - Fertigasi: Struktur pelindung tanaman, jaring kalis serangga, sistem pengairan titis perlu diurus dan dijaga secara berterusan. / Konvensional: Pengurusan lebih kepada batas-batas tanaman, sistem perparitan dan saliran, alat-alat dan mesin membajak dan juga pam air


• Risiko (serangan serangga perosak, penyakit & kekeringan) - Fertigasi: Rendah (kerana menggunakan dinding kalis serangga pada rumah lindungan dan tiada masalah penyakit bawaan tanah). Masalah kekeringan pula sederhana (hanya berlaku sekiranya terputus bekalan, lalai atau sistem pengairan bocor). / Konvensional: Risiko serangan serangga & penyakit tinggi. Risiko kekeringan rendah kerana akar pokok boleh mendapat air dari tanah atau air hujan.



Tenaga Buruh - Fertigasi: Bermusim (tinggi terutama di waktu menanam dan mengutip hasil, tetapi boleh dikontrakkan). / Konvensional: Sentiasa tinggi



Kesan akibat mengubah anak pokok - Fertigasi: Kurang terencat (cepat pulih kerana sistem pengairan yang lebih efisien). / Konvensional: Terencat lebih lama sebelum pulih.



Keseragaman Pokok - Fertigasi: Lebih seragam (menerima larutan baja yang sama) /Konvensional: Tidak seragam kerana dipengaruhi oleh kesuburan tanah yang berbeza-beza



Potensi Hasil - Fertigasi: Untuk setiap pokok, setahun dan seunit luas lebih tinggi kerana lebih pusingan setahun, kepadatan pokok lebih tinggi dan bilangan yang mati akibat penyakit akar adalah rendah. / Konvensional: Untuk setiap pokok sederhana, manakala pusingan tanaman setahun terhad kerana proses penyediaan semula tanah. Untuk seunit luas pula rendah kerana kepadatan pokok lebih rendah dan mudah pula terkena penyakit berjangkit yang dibawa tanah



 Jenis tanaman - Fertigasi: lebih sesuai untuk tanaman jenis buah / Konvensional: Sesuai untuk semua jenis tanaman.

• Struktur Pelindung Tanaman - Fertigasi: Pra-syarat yang mesti ada namun sekarang ia bukan lagi satu kemestian / Konvensional: Boleh dijalankan tanpa struktur pelindung tanaman

Dinding jaring kalis serangga - Fertigasi: Boleh ada atau tiada / Konvensional: Tiada

Sistem Pengairan - Fertigasi: Titis dan berbaja / Konvensional: Sebarang jenis pengairan

Media Tanaman - Fertigasi: Coco-peat, pasir campuran, arang sekam padi, perlite, peat-moss, vermiculite dll / Konvensional: Tanah

Veriety Tanaman - Fertigasi: Untuk Tomato, Cili & Melon jenis indeterminate atau hybrid / Konvensional: Indeterminate & determinate atau sebarang jenis veriety.

Air - Fertigasi: Perlukan air bersih sahaja (paip, air bawah tanah atau air sungai yang bersih) / Konvensional: air bersih bukanlah pra-syarat untuk pengairan.

Tenaga elektrik - Fertigasi: Sebaiknya ada / Konvensional: Tidak perlu

Modal - Fertigasi: Tinggi / Konvensional: Rendah

Pengetahuan Teknikal - Fertigasi: Sangat diperlukan terutamanya dalam pengurusan tanaman dan pengairbajaan / Konvensional: Tidak memerlukan pengetahuan yang terlalu teknikal.

Tapak tanah (topography) - Fertigasi: Mesti rata supaya pengairan sekata kepada setiap unit tanaman / Konvensional: Tidak semestinya rata.

Kesuburan Tanah - Fertigasi: Tidak menjadi syarat / Konvensional: Pra-syarat. tanah yang subur perlu untuk mengurangkan kos pengurusan dan penyediaan tanah

Kos Operasi - Fertigasi: Rendah / Konvensional: Tinggi kerana melibatkan kos meracun rumput, membajak, membuat batas, merumput dan membaja (secara manual)

21 August 2010

Assalamualaikum wr wb...

Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat yang dihormati sekelian.
Kepada seluruh Warga Malaysia, diucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-53.
 Semoga jadilah kita rakyat Malaysia yang benar2 merdeka keseluruhannya. Jauhilah kita dari bersengketa sesama sendiri.
Teguhkanlah kekuatan dengan bersatu dalam segala bidang apa sekalipun

Untuk makluman juga, buat sementara waktu mungkin penambahan nota dan maklumat tidak dapat dilakukan demi untuk menumpukan kepada laman web yang baru.

Sebarang pertanyaan/perkongsian atau sebarang info dapatlah dikongsi bersama.

Terima kasih

18 August 2010

ANTARA
KULAI 568 & SEMERAH

Di antara cili Kulai 568 dan cili Semerah, mana satukah yang lebih cerewet? Saya yakin ramai yang akan berkata cili semerah lebih senang di jaga, tahan lasak, tak mudah terkena serangan penyakit.
TETAPI, daripada pengalaman saya sendiri, pokok cili Kulai adalah lebih mudah dan kurang serangan berbanding cili Semerah.... Kenapa ya?

Jika cili Kulai, saya perlu memberikan perhatian pada peringkat 3 bulan pertama, namun cili Semerah, di awal tumbesarannya sedikit menunjukkan serangan penyakit......dan perlukan perhatian yang serius.

Mungkin ada pendapat atau pengalaman daripada pengunjung2 yang pernah mengusahakan daripada dua varian di atas? Sama-samalah kita kongsikan

Terima kasih

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

PKM / PHK

PKM?PHK? Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Apakah itu PKM? Apa pula itu PHK? Saya pun begitu juga pada permulaannya. Apa gunanya? Apa kebaikan dan kelebihannya? Atau sekadar untuk menambah kos permulaan? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Baiklah, dari pengalaman saya ia benar2 berfungsi dalam memberikan keyakinan kepada saya untuk meneruskan projek penanaman cili secara fertigasi ini. Seperti semua kita sedia maklum, tanaman cili ini amatlah cerewet dan penuh dengan musuh2 tradisinya.... Seperti hamama, kutu trip tetapi.... yang paling menyakitkan hati adalah white fly ataupun lalat putih. Kerana apa ya? Hmmm sebab sekali serangga ini menyerang, harapannya pokok pasti akan musnah kerana habis segala cairan daun dihisapnya.... Akibatnya pokok cili kita akan terbantut, dan rosak. RISIKONYA adalah kerugian. Berbagai cara, ubat, racun , kaedah dan sebagainya dilakukan untuk mengatasi permasalahan ini.

Namun bagi saya, penemuan ini tidak mengecewakan. Oh ya, fungsinya? Amat mudah. Kenapa pokok kita mudah diserang penyakit serta serangga perosak? Paling utama kurangnya daya tahan terhadap serangan penyakit. Atau mungkin juga serangga tadi sudah lali dengan racun yang kita gunakan selama ini? Atau lebih mudah lagi 'KEBAL'. Betul kan?

Oleh itu, fungsi kedua2 bahan tadi adalah sebagai pengekal pH sabut serba menaikkan pH air baja. Apabila sabut berada dalam keadaan alkali, pokok tidak mudah terkena serangan penyakit. Tetapi pokok kita mudah sangat terkena dan lemah kepada serangan penyakit sebab sabut kita terlalu berasid. Sebabnya hujan kita sudah terlalu berasid. Kita sendiri pun boleh demam jika terkena hujan, apatah lagi dengan pokok2 ini.

Kenapa hujan punca asid? Apa kaitannya? Kenderaan , industri dan sebagainya menjadi punca kenapa asid berleluasa. Bila hujan, bukankah polybag kita yang jadi sasarannya. Jadi, bukankah ini salah satu penyebab kenapa sabut kita cepat berasid.

JADI, tunggu apa lagi? Bertindaklah, Sayangilah pokok2 cili kita. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari. Berpenat lelah kita mulakan namun hasil tidak seberapa kerana pokok musnah dipertengahan.

( Gambar ini di ambil ketika pokok berumur 10 minggu )


'ADAKAH INI YANG KITA IMPIKAN? HMMM TEPUK DADA TANYALAH SELERA.'

17 August 2010

SISTEM  PERPAIPAN

Sistem perpaipan adalah satu situasi di mana pelbagai kaedah dan sistem yang dilaksanakan.
Pelbagai kaedah yang dilakukan seperti;
  • dimatikan disetiap penghujung paip
  • paip keliling dan paip ke barisan pokok yang bersambung tetapi satu paip dikongsi oleh dua barisan pokok
  • paip keliling ke paip barisan yang bersambung tetapi di pecahkan kepada dua cabang dan disalirkan berasingan dimana satu paip untuk setiap barisan pokok
  • paip utama yang dimatikan dipenghujungnya manakala paip di dua barisan pokok bersambung antara keduanya
Namun, walau apa pun caranya, apakah tujuan dan matlamat kita?
  • mengelakkan berlaku mendakan dipenghujung pengairan
  • kos yang lebih efisien
  • kerja yang lebih mudah
  • memudahkan kerja2 mencuci mendakan dilakukan
  • mempercepatkan dan menyekatakan pengagihan air baja ke setiap polybag
  • mengelakkan air baja berada terlalu banyak serta lama di dalam sistem perpaipan- kerana menyebabkan mendakan mudah berlaku disebabkan kepanasan sinaran matahari
Namun bagi pendapat peribadi saya , pemasangan paip yang besar disekeliling secara bersambungan dengan hujung 'A' ke tangki baja manakala hujung 'B' diletakkan 'ball valve' untuk saliran air keluar ketika mencuci keladak manakala paip kecil samada 16mm/20mm di pasang di setiap barisan pokok bagi setiap paip dengan menyambungkan kedua2 hujung kepada paip besar menggunakan o/t valve.
ALASAN: Penyambungan secara berterusan dapat mengelakkan pengumpulan mendakan dipenghujungnya. Disamping itu, pengaliran dan tekanan air adalah lebih sekata. Secara tindak langsung pokok akan mendapat air baja yang sekata dan membesar dengan perbezaan tumbesaran yang minima.

MUNGKIN ANDA MEMPUNYAI PENDAPAT ANDA SENDIRI NAMUN PASTIKAN YANG TERBAIK, YANG TEREFISIEN SERTA TERMURAH KOSNYA.

BERKONGSILAH IDEA ANDA DEMI KEMAJUAN KITA BERSAMA
SESUNGGUHNYA ILMU ITU MILIK ALLAH S.W.T JUA DAN DIA BERHAK MENARIK BILA-BILA MASA YANG DIKEHENDAKINYA,

MAJULAH BANGSAKU, MAJULAH DEMI TUNTUTAN FARDHU KIFAYAH

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'


14 August 2010

ANAK BENIH CILI SEMERAH UNTK DI JUAL

Kepada sesiapa yg berminat, silalah berhubung dengan :
Khair 016-4774 833

Sebarang urusan penghantaran atau perbincangan boleh diuruskan.

Tray 104 lubang cili semerah dengan harga RM80.00

13 August 2010

ANAK BENIH UNTUK TEMPAHAN

Sebarang tempahan anak benih cili semerah / kulai sila buat sebulan sebelum dengan pembayaran deposit 50%....

atau

sila mencuba sendiri seperti yang ditunjukkan di bahagian 'semaian'

SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA
PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Fertigasi adalah satu teknologi di mana penanaman tanpa menggunakan tanah serta pengairan dan pembajaan yang disekalikan. Teknologi ini dapat mengeluarkan hasil yang lebih lebat dan cepat berbanding secara konvesional.Namun demikian kos permulaannya adalah lebih tinggi berbanding secara konvesional namun kos operasinya jauh lebih rendah.

SEBAGAI SET LENGKAP UNTUK PERMULAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;

Set 20 pokok     =   RM1,090.00
Set 100 pokok   =   RM2,800.00
Set 500 pokok   =   RM4,400.00
Set 1000 pokok =   RM6,800.00

INGIN BERTANYA/ KONGSI ILMU/ MENCEBURKAN DIRI DENGA FERTIGASI?
HUBUNGILAH PADA BILA-BILA MASA

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'
PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

PERALATAN
  • Tangki campuran baja AB
  • Pam elektrik
  • Penetap masa
  • PH meter
  • EC meter
  • 4 tong ( Baja A, Baja B, PHK & Foliar )
  • Sistem pengairan utama
  • Sistem pengairan sekunder
  • Sistem pengairan akhir
  • Plastik hamparan silvershine
  • Polybag/ bekas plastik/ dsb
  • Coco peat/ sekam padi/ dsb
  • Buluh & tiang sokongan
  • Dawai penyokong
  • Tali rafia
  • Pam racun
  • Baja AB
  • Racun ( mospilan-lalat putih, nurell-hamama, previcure-N - kulat / confidor / dll )
  • Brogad / foliar
  • PKM / PHK / bakteria & kulat / cythokinin & auxin
  • Pendawaian & pengairan

LANGKAH-LANGKAH
  • Sediakan tapak projek
  • Bentangkan plastik silvershine
  • Siapkan sistem pengairan utama dan sekunder
  • Isikan sabut yang telah disejatkan airnya ke dalam polybag ( isikan bersama 30-50g serbuk PKM ke dasar sabut )
  • Spraykan campuran bakteria & kulat keseluruh permukaan sabut ( sebaiknya dilakukan 10 sebelum pemindahan anak benih dilakukan )
  • Susun polybag ke atas silvershine
  • Siapkan sistem pengairan akhir
  • Uji sistem pengairan
  • Pindahkan anak benih ke dalam polybag
  • Campurkan baja AB ke dalam tangki air baja dengan bacaan 4.0EC ( elakkan daripada mencampurkan abir baja secara serentak )
  • Ambil bacaan pH air dan tetapkan bacaan pada 6.8 dengan menggunakan cecair PHK.
  • Salirkan air baja ke setiap polybag dengan kekerapan 1 kali salir selang 2 hari tutup.
  • Dapatkan bacaan berat polybag setiap hari dan rekodkan sehingga beratnya mencecah penurunan 30%.
  • Spraykan campuran cythokinin & auxin ke seluruh pokok ( lakukan di waktu petang- elakkan daripada mencampur dengan racun atau bekas racun) pada hari ke-14.
  • Setelah penurunan berat polybag mencecah 30%, setkan masa siraman kepada sekali setiap hari selama seminggu. Ketika ini kepekatan air baja hendaklah pada bacaan 2.0 - 2.5 EC.
  • Spraykan campuran foliar/brogad + air baja + racun keseluruh pokok bermula minggu ke-3 setiap minggu.
  • Semburan racun boleh dilakukan 1-2 kali setiap minggu mengikut keperluan tetapi semburan foliar/brogad dan air baja hanya boleh dilakukan sekali setiap minggu.
  • Setkan kepada 2 kali siraman setiap hari sehingga mencukupi 30 hari dari hari pertama anak benih dipindahkan.
  • Setkan kepada 3-5 kali siraman setiap hari hingga akhir tuaian.
  • Pembuangan tunas air hendaklah dilakukan seawal mungkin untuk memanjangkan hayat pokok disamping mengoptimakan penggunaan air baja pada tumbesaran dan hasil.
  • Hasil mulai boleh dituai mulai pada minggu ke-12.
  • Anggaran hasil kutipan adalah pada kadar purata sekg bagi setiap pokok setiap bulan. Namun hasil pertama adalah kurang dan akan meningkat bagi minggu keberikutnya.
  • Elakkan daripada merokok di kawasan tanaman.
  • Penggunaan racun organik juga boleh dilakukan untuk mengawal serangga perosak. Namun demikian penanaman terung disekeliling kawasan tanaman cili juga adalah salah satu daripada cara untuk mengawal serangan serangga perosak kepada tanaman cili tadi.
'SEMOGA BERJAYA & SENTIASA DIBERKATI'
'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'
SEMAIAN ANAK BENIH

PERALATAN


  • Biji benih

  • Tray semaian

  • Peat moss

  • Spray

  • Baja AB ( kepekatan 1EC )

LANGKAH-LANGKAH


  • Rendamkan biji benih semalaman dengan air tahap kepanasan suam-suam kuku.

  • Keluarkan biji benih yang timbul ( kurang berkualiti )

  • Isikan peat poss ke dalam lubang-lubang tray semaian hingga penuh. Ratakan tetapi jangan padatkan ( 1 tray semaian 104 lubang = 1 1/2 kg peat moss )

  • Isikan biji benih ke dalam setiap lubang dengan kedalaman lebih kurang 3mm hingga 4mm. Sebaik-baiknya 2 biji benih bagi setiap lubang dengan dijarakkan. PERHATIAN : Biji benih yang terlalu dalam akan melambatkan proses percambahan manakala jika terlalu dipermukaan dikhuatiri serangan serangga perosak.

  • Spray biji benih tadi dengan semburan halus campuran baja AB hingga lembap keseluruhan peat moss tadi.

  • Setelah itu tutupkan tray semaian tadi dengan tray yang diterlangkupkan/diterbalikkan. Boleh juga dibungkus dengan plastik sampah yang nipis untuk mengekalkan kelembapannya.

  • Biji benih semerah akan mulai bercambah selepas 2-3 hari manakala biji benih kulai akan bercambah selepas 4-5 hari.

  • Pastikan anak benih tadi dispray setiap pagi dan petang bagi mengekalkan kelembapannya.

  • Pilih dan buangkan anak benih yang kurang berkualiti dan kekalkan hanya satu anak benih saja bagi setiap pot semaian.

  • Anak benih sedia untuk dipindahkan ke polybag selepas 3-4 minggu atau setelah kelihatan 6 helaian daun.

  • Sehari sebelum dipindahkan ke dalam polybag, spraykanlah anak benih tadi dengan semburan cythokinin & auxin
'SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA'

11 August 2010

BAJA 'AB'

Dengan kapasiti 10liter A & 10liter B
Harga RM50.00
( penyediaan 2000 liter air baja )

Baja 'AB' dalam bentuk serbuk juga boleh di dapati
denga harga RM170.00 ( Brand YARA )

01 August 2010

Salam,
Insyaallah, di artikel seterusnya saya akan catatkan semua jenis penyakit, serangga perosak serta cara2 mengatasinya. juga saya akan senaraikan segala jenis bahan2 asas, tambahan dan jenis2 racun yang bolehg digunakan dan cara2 penggunaannya berdasarkan apa yang saya praktikkan dan pelajari samada dari jabatan2 tertentu ataupun orang perseorangan, insyaallah.
TAWARAN

Anak benih cili untuk dijual:-

Kulai 568 - RM0.80/ sepokok
Semerah - RM1.00/sepokok

sedia untuk dipindahkan ketapak tanaman.
stok terhad.