Gambar ini diambil pada Minggu Ke-10 selepas anak benih dipindahkan ke dalam polybag. Pada awal penanaman, permasaalahan kurang berlaku dan serangan adalah kurang dari 3% dari keseluruhan pokok.
Keutamaan yang diberikan sepanjang masa pada peringkat ini adalah pH campuran air baja.Ini bagi memastikan risiko serangan penyakit adalah kurang kerana media tanaman yang terlalu berasid adalah punca utama pokok tidak berupaya menahan serangan penyakit.
Di samping itu, kerja meracun secara berkala dan sistematik juga dapat mengurangkan serangan serangga perosak serta penyakit.
Penjagaan yang berterusan serta teratur dapat memanjangkan jangkahayat pokok disamping mengoptimakan hasil keluaran.
Ini adalah keadaan diman 2 baris pokok tumbang akibat tiupan angin sedangkan tiang penyokong/alat sokongan yang tidak mencukupi
No comments:
Post a Comment