21 July 2009


Sekarang setiap hari, saya pasti akan mengutip hasil dan jual secara kecil-kecilan kepada sesiapa yang berminat. Ramai yang memuji hasil cili yang saya hasilkan dengan komen yang bagus. Mereka memuji cili ini rapuh, kurang pedas & tahan lama

Dah lama tidak mencatatkan perkembangan semasa. Sekarang, saya tengah mengumpul hasil cili semerah. Permintaan yang menggalakkan, walaupun tidak mampu memenuhi permintaan. Hasil yang saya dapat tidak lah sebanyak mana kerana pokok yang ditanam adalah sedikit dalam lingkungan 40 pokok sahaja. Sekarang ini, saya tengah semai anak benih yang baru


19 May 2009


Serangan Tunas dicantas untuk merawat.Serangan penyakit disebabkan serangga hamama menyebabkan daun pokok menjadi kecil dan kerinting. Penyakit ni menyebabkan nutrian tidak dapat diproses dengan sempurna. Pokok yang telah dijangkiti harus diasingkan supaya mudah dirawat.Pokok yang telah diasingkan.






Mengasingkan pokok boleh mengelakkan jangkitan penyakit kepada pokok yang lain. Selain daripada itu penggunaan racun serangga dapat dijimatkan. Pokok juga mudah untuk dikendalikan.Serangan serangga perlu dikawal dari awal. Kawasan persekitaran juga perlu dipantau untuk mengawal serangan penyakit bermula. Serangan hamama boleh merebak dalam 2-3 hari. Sekiranya pokok telah dikenalpasti terkena serangan hamama pengasingan dan rawatan perlu dilakukan dengan segera.

Peralatan fertigasi yang digunakan bagi pokok dari 20 pokok sehingga 100 pokok, bergantung kepada bilangan pokok yang ada.
Permulaan penanaman secara fertigasi

Langkah-langkahnya :
1. Sediakan bahan-bahan semaian (tapak semaian, benih semaian &media semaian)
2. Sediakan tapak/bahan-bahan untuk fertigasi
3. Selepas tempoh matang (1 bulan), pindahkan anak benih yang telah disemaikan ke dalam polybag yang telah disediakn.
4. Perkara yang perlu adalah :
a) Penyediaan air baja yang betul (kepekatan / kekerapan serta pH air baja) mengikut perkembangan pokok
b) Meracun ( jenis serta kekerapan ) mengikut keperluan
c) Penjagaan, pencegahan serta kawalan terhadap pokok
5. Hasil boleh dikutip dalam tempoh 3 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibag

18 May 2009


Penggunaan baja AB adalah satu kemestian di dalam sistem fertigasi. Ia merupakan larutan yang di larutkan bersama air dan terus disalirkan ke tanaman melalui sistem perpaipan dan dinamakan fertigasi yang bermaksud pembajaan dan pengairan. Namun penggunaan bahan-bahan lain juga adalah perlu seperti PHK untuk menetapkan pH air baja kepada alkali.

Satu set pokok yang lengkap,, penjagaan yang mudah

Pokok yang baru dipindahkan kedalam polibag, baru berusia 5 minggu.

Anak benih yang telah sedia untuk dipindahkan.


Sebarang tempahan anak benih hendaklah dilakukan sebulan sebelum.
Harga RM0.70/sepokok
                      @
          RM70/tray (100-104 anak benih)
Rumah semaian untuk menempatkan anak benih. Anak benih siap sedia untuk dipindahkan ke dalam polybag selepas 3-4 minggu


Pada mulanya sekadar suka-suka sahaja dengan menanam cili. Kemudian seorang rakan (Cik Yana yang kini telah menetap di Ipoh) telah mengesyorkan penanaman secara fertigasi.

Kemudian, kami cuba mendapatkan segala informasi berkenaan fertigasi tersebut. Pada mulanya melayari internet, berkunjung ke Jabatan Pertanian Kalumpang (walaupun jawapan agak mengecewakan) sehinggalah kami berhubung dengan seorang berbekal alatan fertigasi di Puchong. Beliaulah yang memberi tunjukajar secara asas.

Bermula dari situ, awal bulan Mei 2009 kami mula menceburkan diri dengan sistem fertigasi ini dengan segala kekurangan. Permulaan, kami hasilkan dengan 96 pokok cili kulai 568.
Gambar ini diambil di sekitar kawasan rumah sewa di Taman Desa keliang Jaya, Kalumpang (berhampiran Tol Tg Malim, Kuala Kubu Bharu, UPSI, Hulu Bernam) dan boleh dilihat apabila menaiki Keretapi Shuttle Ipoh-Kuala Lumpur

Ini adalah set asas sebagai permulaan fertigasi untuk 50 pokok dan ke bawah.