20 July 2010

Perhatian kepada semua pengusaha fertigasi:-

Diharap dapat jalinkan kerjasama supaya sebarang ilmu, bekalan serta pasaran dapat di kongsi bersama.
"BERSATU KITA KUKUH, BERASINGAN KITA PASTI LEMAH"

15 July 2010

Gambar ini diambil pada Minggu Ke-10 selepas anak benih dipindahkan ke dalam polybag. Pada awal penanaman, permasaalahan kurang berlaku dan serangan adalah kurang dari 3% dari keseluruhan pokok.
Keutamaan yang diberikan sepanjang masa pada peringkat ini adalah pH campuran air baja.Ini bagi memastikan risiko serangan penyakit adalah kurang  kerana media tanaman yang terlalu berasid adalah punca utama pokok tidak berupaya menahan serangan penyakit.
Di samping itu, kerja meracun secara berkala dan sistematik juga dapat mengurangkan serangan serangga perosak serta penyakit.
Penjagaan yang berterusan serta teratur dapat memanjangkan jangkahayat pokok disamping mengoptimakan hasil keluaran.

Ini adalah keadaan diman 2 baris pokok tumbang akibat tiupan angin sedangkan tiang penyokong/alat sokongan yang tidak mencukupi

14 July 2010

SET PERMULAAN ASAS FERTIGASI DI RUMAH

Dengan hanya RM280.00 anda mampu memulakan langkah pertama dengan mengenali dan mempelajari sistem penanaman secara Fertigasi.

Bermodalkan nilai tersebut, anda akan dibekalkan dengan bahan2 asas penanaman secara Fertigasi di samping tunjukajar serta perkongsian ilmu penanaman, penjagaan, permasalahan, kemungkinan, langkah2 kawalan dsb nya.

SET 20 POKOK

-Anak pokok ( cili kulai / semerah )
-Polybag serta media semaian
-Pam aquarium
-Penetap masa digital 8 tetapan
-Polypipe 16mm serta o/t valve, elbow & tee
-Nipper, microtube & dripper
-Baja AB
-Bahan rawatan tambahan
-Silvershine

Tunjukajar adalah percuma....
Sebarang usaha kerjasama juga di alu-alukan

Sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan sila berhubung dengan:-
Zul : 012-902 6330
@
Khair : 016-4774 833 / 017-647 5776

SELAMAT MAJUJAYA
KEJAYAAN MILIK BERSAMA

10 July 2010

ASSALAMUALAIKUM WR WB DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEMUA PELAYAR BLOG INI SERTA PENGUSAHA DAN PEMINAT FERTIGASI

Kepada pengusaha2 fertigasi yang telah menceburkan diri dalam bidang ini saya ucapkan syabas dan teruskanlah usaha kita tanpa putus asa. Jangan biarkan kegagalan kali pertama adalah kegagalan untuk selamanya. Sebaiknya jadikanlah ia sebagai permulaan untuk mengenali selok belok sebenar sistem fertigasi ini. Sebaiknya tubuhkanlah rangkaian dan saling bekerjasama serta bantu-membantu sesama kita. Kepada yang inginkan pendapat serta tunjukajar, Silalah berhubung dengan saya pada bila-bila masa ataupun pengusaha2 lain tanpa rasa segan dan malu. Janganlah malu untuk mendapatkan ilmu, ibarat kata ilmu jika dimanfaatkan akan bertambah berkatnya.Setiap insan memiliki ilmu yang berbeza, oleh itu bertukar-tukarlah ilmu agar ia berkembang dan lebih baik kita dapat perolehi jalan penyelesaian yang terbaik, mudah,murah serta menguntungkan dari segala faktor.

Namun kepada bakal2 usahawan atau pwncebur baru, dalamilah ilmu kerana tanpa ilmu kita akan sia2. Jadikanlah kegagalan oranglain sebagai pengajaran dan kejayaan oranglain sebagai pedoman... INGAT tu...

Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung agar bersatu untuk memakmurkan industri fertigasi ini serta menjamin kita daripada kejatuhan.

SELAMAT MAJUJAYA KEPADA SEMUA.....AMIN......
Doa saya kita semua akan berjaya.

08 July 2010

PROJEK FERTIGASI DI DAERAH HULU BERNAM

Hari ini kami telah bertemu dengan seoranag insan yang sudi mengeluarkan modal permulaan untuk projek fertigasi yang seterusnya di kawasan Hulu Bernam. Setelah permohonan yang di buat di kebanyakan agensi samada kerajaan mahupun kewangan, semuanya hanyalah penantian yang sia-sia semata. Akhirnya projek kami yang seterusnya , kami dapat juga ikhtiarkan modal untuk pelaksanaannya nanti. Syukur alhamdulillah...

Agensi kewangan? Walaupun projek pertama telah membuahkan hasil, namun untuk mendapatkan modal tambahan amatlah menyiksakan jika kita bukanlah kenalan atau insan yang aktif dengan politik atau yang berstatus. Andaikata kita hanyalah insan biasa, maka berusahalah dengan sendiri. Projek pertama kami mulakan dengan modal sendiri, begitu jugalah dengan projek kedua kami ini, kami terpaksa melangkah dengan usaha dan modal sendiri.

Namun kami bukanlah seperti insan yang hanya mengharap dengan penuh harapan, kami akan berusaha dan terus berusaha hingga berjaya mencapai segala yang dicita dan mengikut segala perancangan kami, INSYAALLAH..
PERALATAN ASAS PENGAIRAN FERTIGASI


Benarkah keperluan ini mahal harganya? Pengairan bukannya yang mahal tetapi keperluan asas yang lain seperti pam, tangki baja, kemudahan asas dan kos yang sebenar adalah pada baja, racun dan juga bahan kawalan yang lain.

JIMATKANLAH perusahaan anda......
RANCANGKANLAH dengan sempurna.....
PERNIAGAAN yang baik adalah KOS yang rendah tetapi KEUNTUNGAN yang tinggi (harus diingat, keuntungan yang tinggi bukanlah kerana harga jualan yang tinggi tetapi kuantiti serta kualiti hasil yang maksima- kualiti yang tinggi akan meletakkannya pada harga yang tinggi manakala kuantiti yang tinggi sudah tentulah tinggi pendapatannya).
OLEH itu carilah dan rancanglah cara yang paling jimat tetapi pokok yang berdaya tahan.....
SEMOGA MAJUJAYA





Polypipe HDPE 16mm /32mm

Microtube 4mm

Nipper / L Dripper
Off Take Valve / Rubber Gromet

07 July 2010

Ketahuilah

Selain cili merah( kulai) fertigasi juga selalunya digunakan untuk tanaman tomato, rock melon. Dan ia juga boleh juga digunakan untuk penanaman cili api( semerah), timun , roselle dsb asalkan berakar serabut. Cubalah, hasilnya buah yang rangup, besar dan lebat.
Kami mula mengusahakan tanaman fertigasi ini sejak awal tahun lepas. Pada tika itu hanya pengetahuan asas sahaja yang kami perolehi. Kami mulakan dengan 96 pokok cili kulai. Daripada situ kami mula menimba pengalaman serta memahami segala permasalahan yang timbul terhadap pokok cili dan sistem fertigasi ini.

Mungkin rezeki daripada Allah Taala, kami dapat mengikuti kursus anjuran Agrobank dengan kerjasama Mayconsult serta Utusan Malaysia. Tenaga pengajar adalah Dr Mahamud Shahid iaitu Pegawai Penyelidik Prinsipal daripada Mardi di mana individu yang bertanggungjawab membawa teknologi ini ke Malaysia yang kini diusahakan secara meluas di tanah tinggi Cameron.

Kelangsungan daripada itu jugalah berkat nama pengusaha tanaman fertigasi, kami menambah ilmu sedikit lagi setelah bertemu seorang yang ahli dalam bidang Bio Pertanian. Beliaulah yang mmeberi tips bagaimana menjamin pokok dalam keadaan baik dan sihat dengan kos yang minima.

Selepas itu perjumpaan empat mata secara individu telah memberi peluang kepada kami untuk membuat sendiri campuran baja AB serta lain-lain bahan tambahan untuk memastikan pokok dalam keadaan yang optima.

Setelah bersusah payah siang dan malam, panas dan hujan. Hasilnya, kepuasan yang kami terima... alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Pada masa sekarang harga pasaran mencecah hingga RM20/sekg. Bayangkanlah betapa ktitikalnya bekalan cili pada masa kini. Bekalan yang tidak pernah mencukupi walau di mana sahaja.

Nasihat saya, samada cili kulai ataupun cili api, padi semerah atau apa saja variannya... surveylah... kerana setiap jenis mempunyai pasaran tersendiri.
Kedua; jalinkanlah kerjasama sesama pengusaha supaya idea, masalah, pasaran dapat dikongsi bersama

06 July 2010

Penanaman fertigasi adalah susah jika kita tidak berilmu. Belajarlah daripada yang berpengalaman. AWAS.Jangan terpedaya dengan pengajar yang hanya membuat duit.

INGATLAH...

Pengajar yang baik adalah pengajar yang telus dalam menurunkan ilmu. Di samping itu, elakkan daripada mengulangi kesilapan peneroka yang terdahulu. Jadi, kesilapan pengusaha yang terdahulu jadikanlah pengajaran dan kejayaan pengusaha yang terdahulu daripada kita jadikanlah ia sebagai pedoman dan ikutan.

Harus diingat, untuk memulakan projek fertigasi memerlukan modal yang besar dipermulaannya. Namun demikian dari segi jangka masa panjang, sistem ini adalah lebih menjimatkan serta menguntungkan jika betul caranya.

Selamat Mencuba & Majujaya kepada pengusaha baru

05 July 2010

Tanggal 1 Januari 2010, adalah detik amat bersejarah. Permeteraian perjanjian di antara pihak syarikat Cergasagro dengan En Ramli telah melakarkan satu perkembangan baru bagi syarikat. Seminggu selepas perjanjian, kerja-kerja menolak tanah mula dilakukan dengan kos lebih kurang RM1.5k di tanah seluas 2 1/2 ekar.


Selepas itu tempahan kabin dilakukan di samping membeli peralatan dan keperluan untuk projek ini. Mengikut perancangan awal tanah ini boleh memuatkan sehingga 4,600 pokok dengan 4 peringkat. Dengan modal yang ada pembelian peralatan dilakukan daripada Sabak Bernam , Senawang hinggalah ke Puchong secara berdikit. Alhamdulillah, tanggal 14 Mac 2010 pemindahan anak pokok cili kulai 568 peringkat pertama berjaya dilakukan. Disusuli dengan peringkat kedua iaitu cili centil(semerah) pada 1 Mei 2010.


Kutipan pertama mula dilakukan pada 1 Jun 2010. Hingga sekarang, alhamdulillah hasil amat membanggakan. Buat permulaan, purata kutipan 40-50kg bagi setiap kali kutipan. Walaupun demikian, permintaan amatlah memberangsangkan.


Siapa kata pasaran adalah susah? Yang penting adalah USAHA dan KERJASAMA.
Minggu ini mungkin sejarah akan berulang. Syarikat telah memperoleh sebidang tanah di kawasan HULU BERNAM untuk dimajukan. Dengan keluasan 2 1/2 ekar , tapak bakal projek kedua berada berhampiran sungai bertentang dengan UPSI adalah amat berpotensi.

Syukur alhamdulillah, permulaan telah membuahkan hasil. namun peringkat kedua iaitu mendapatkan modal untuk menjalankan projek fertigasi di sini.

Mengikut perancangan, syarikat bercadang untuk menanam cili kulai , centil dan timun secara fertigasi di sini dengan anggaran keseluruhan sebanyak 10k pokok. Insyaallah. Namun demikian tapak di sini juga akan dilakukan secara beberapa peringkat.
Foliar & Brogad juga boleh digunakan untuk mengawal serangga perosak. Disamping itu penggunaan racun seperti Mospilan , Nurell & Previcure-N amatlah perlu. Penggunaan racun Confidor juga boleh di cuba kerana harganya yang lebih murah berbanding racun-racun tersebut.
Hormon Cytokinin & Auxin

Hormon digunakan untuk melebatkan buah. Di samping itu, penjagaan pokok yang berkesan dan pembuangan tunas air dari peringkat awal adalah penting supaya buah lebat dan kualiti buah yang menepati kehendak pasaran dan tinggi.

Bakteria & Kulat
Ia adalaha salah satu cara untuk mengawal pokok daripada serangan penyakit. Ia berfungsi untuk mengelakkan anak benih jadi lecuh di samping mengawal pengyakit pada pokok cili. Ia adalah campuran yang akan dispraykan ke permukaan sabut sebelum anak benih dipindahakan ke dalam polybag. Ini juga adalah salah satu cara dengan kos yang rendah untuk menjamin pokok cili sentiasa terkawal daripada serangan penyakit atau sekurang-kurangnya mengurangkan serangan serangga perosak.

Ia akan bergandingan dengan PKM, PHK, Hormon, Foliar dan Brogad disamping racun-racun serangga sebagai kawalan dan pencegahan.
PKM

Sejenis sebatian yang dimasukkan ke dalam media tanaman untuk menetapkan pH media. Di samping itu juga ia berfungsi sebagai ejen menggembur sabut. Ia akan berfungsi bermula minggu ke-3 setelah anak benih dipindahkan masuk ke polybag.
Penyakit Layu Bakteria

Serangan - melalui akar
Simptom - keseluruhan pokok layu
Kaedah kawalan - buang pokok yang dijangkiti
                          - bersihkan tangki baja dengan 5% sodium hypochlorite