MASALAH CILI FERTIGASI
Di dalam penanaman cili, masalah serangan serangga perosak, penyakit sering menjadi igauan buruk kepada pengusaha. Kemusykilan sering timbul, malah membuatkan pengusaha yang mula berjinak tidak kurang juga yang memasuki musim ke-2 dan seterusnya mula putus asa. Kenapa walaupun penyemburan racun dilakukan sekerap mungkin, malah yang terbaik di pasaran telah di cuba. Namun hasilnya tetap menghampakan.
Adakah serangga perosak tadi telah memiliki imun? Atau racun yang digunakan belum cukup kuat untuk menghadapinya? Tetapi terfikirkah kita bahawa gejala lain yang menjadi punca kepada masalah kemusnahan pokok cili kita? Adakah cara kita menjaga pokok, menyiram atau meracun itu betul? Apakah ilmu sebenar yang belum kita ketahui? Atau adakah rahsia lain yang belum terungkai oleh kita semua?
Ramai yang telah berjaya, namun lebih ramai juga yang gagal. Sebabnya: Serangan penyakit di awal usia . Hasil tidak seberapa. Bencana alam ataupun serangan makhluk perosak. Atau kerana modal yang diluar jangkaan.
Di sini, suka saya berkongsi bahawa kesilapan yang sering timbul ataupun kenaifan yang sering melingkungi pengusaha adalah serangan serangga perosak ataupun lebih tepat lagi pokok rosak akibat serangan penyakit. Apakah puncanya? Pertama: Adakah kita telah pastikan bahawa pH, EC serta ppm yang sepatutnya telah dilaksanakan dengan betul seiring usianya atau keperluannya? Kedua: Adakah persekitaran tanaman sesuai? Ketiga: Adakah cara penjagaan kita betul?
Jawapannya adalah, ketahuilah cara yang betul dari orang yang betul.
'Selamat Maju Jaya'
'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'
sila layari
ReplyDeletemdaarifent.blogspot.com
Jualan CoCo peat:
ReplyDeleteKami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
gudang dekat port klang.
urusan hantar boleh di buat.
Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
chandra (mobile) 0123795729