13 October 2010

MASALAH CILI FERTIGASI

Di dalam penanaman cili, masalah serangan serangga perosak, penyakit sering menjadi igauan buruk kepada pengusaha. Kemusykilan sering timbul, malah membuatkan  pengusaha yang mula berjinak tidak kurang juga yang memasuki musim ke-2 dan seterusnya mula putus asa. Kenapa walaupun penyemburan racun dilakukan sekerap mungkin, malah yang terbaik di pasaran telah di cuba. Namun hasilnya tetap menghampakan.

Adakah serangga perosak tadi telah memiliki imun? Atau racun yang digunakan belum cukup kuat untuk menghadapinya? Tetapi terfikirkah kita bahawa gejala lain yang menjadi punca kepada masalah kemusnahan pokok cili kita? Adakah cara kita menjaga pokok, menyiram atau meracun itu betul? Apakah ilmu sebenar yang belum kita ketahui? Atau adakah rahsia lain yang belum terungkai oleh kita semua?

Ramai yang telah berjaya, namun lebih ramai juga yang gagal. Sebabnya: Serangan penyakit di awal usia . Hasil tidak seberapa. Bencana alam ataupun serangan makhluk perosak. Atau kerana modal yang diluar jangkaan.

Di sini, suka saya berkongsi bahawa kesilapan yang sering timbul ataupun kenaifan yang sering melingkungi pengusaha adalah serangan serangga perosak ataupun lebih tepat lagi pokok rosak akibat serangan penyakit. Apakah puncanya? Pertama: Adakah kita telah pastikan bahawa pH, EC serta ppm yang sepatutnya telah dilaksanakan dengan betul seiring usianya atau keperluannya? Kedua: Adakah persekitaran tanaman sesuai? Ketiga: Adakah cara penjagaan kita betul?

Jawapannya adalah, ketahuilah cara yang betul dari orang yang betul.

'Selamat Maju Jaya'
'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

11 October 2010

Kursus Fertigasi ( Pembajaan yang betul - Kawalan penyakit )

Tanggal 10-10-2010, saya telah mengikuti satu lagi kursus berkenaan fertigasi. Alhamdulillah, kursus ini lebih menumpukan kepada pembajaan yang betul, penggunaan bakteria baik sabagai kawalan kepada serangan penyakit, masalah2 yang bakal timbul akibat pembajaan yang melampau, pentingnya kawalan pH pada tanaman, racun, hormon, serta berbagai ilmu yang berguna bagi meningkatkan hasil keluaran, cara mengurangkan masalah serangan penyakit serta memudahkan kerja2 di dalam sistem fertigasi ini

Terima kasih saya ucapkan kepada sifu kerana ilmu yang amat berguna itu.
Kenalilah pokok anda, maka anda pasti tahu apa keperluan dan kehendaknya...
Selamat maju jaya
Kesesatan Dalam Sistem Fertigasi

Salam sejahtera kepada semua pengusaha fertigasi. Pengusaha senior, bakal2 usahawan dan penjinak kecil2an. Apakah yang dimaksudkan dengan kesesatan dalam fertigasi? Macam2 yang kita dengar. Penggunaan zeolite, penggunaan EM, meracun tanpa batasan, baja organik, pengairan yang berterusan dsb. Jadi, dimanakah kita? Adakah bakal2 usahawan yang terus mewarisi kegagalan, kesilapan serta kesesatan pengusaha yang terdahulu? Atau adakah kita mengambil iktibar dari kegagalan pengusaha2 yang gagal ini untuk meningkatkan diri? Atau adakah kita ingin mewarisi kejayaan pengusaha2 yang telah terbukti berjaya yang bukan sekadar berjaya tetapi yang berilmu..... Kita sendiri yang tentukan. Persoalannya sekarang, dimanakah hendak kita perolehi ilmu2 insan yang berjaya ini? Di laman sembang? Layari internet atau bagaimana?

Walau apapun caranya, kita pastikanlah bahawa ilmu yang kita perolehi itu benar2 membuahkan hasil dan menjimatkan. Alasannya,setiap bakal usahawan yang menceburi bidang fertigasi ini adalah inginkan keuntungan.. Maka, kesimpulannya adalah, ilmu yang kita perolehi adalah berasas serta teknologi yang bakal kita praktikkan nanti terbukti menjimatkan serta menguntungkan.

Ilmu yang salah juga akan merugikan kerana merosakkan segala usaha kita selama ini.

'FIKIR-FIKIRKANLAH'

06 October 2010

Brogard ( Pekatan Kawalan Serangga ) ialah sejenis bahan aktif herba organik. Ia bertindak untuk mengawal serangga secara sentuhan dan sistematik.Sangat sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman berbuah dan sayuran seperti cili, terung, tembikai, limau, tomato serta sayuran berdaun. Mengawal serangga perosak seperti hamama, pelombong daun, thrips, aphids, lalat putih, prutela serta ulat ratus.