Perbandingan Antara Fertigasi & Penanaman secara Konvensional
• Kualiti Hasil - Fertigasi: Tinggi / Konvensional: Tidak menentu
• Mengutip Hasil - Fertigasi: Lebih cepat dipetik hasilnya (pokok lebih subur) serta tempoh mengutip hasil lebih panjang / Konvensional: Lambat mengutip hasil lebih-lebih lagi ketika musim kemarau ataupun waktu musim tengkujuh yang berpanjangan serta tempoh mengutip hasil lebih pendek.
• Kejerihan - Fertigasi: Rendah / Konvensional: Tinggi
• Kesan ke atas alam sekitar - Fertigasi: Mesra alam (penggunaan baja dan racun yang terkawal) / Konvensional: Penggunaan najis haiwan boleh menyebabkan pencemaran alam (udara), air bawah tanah mungkin tercemar selain boleh menyebabkan hakisan tanah sekiranya ditanam di lereng-lereng bukit. Selain itu boleh berlaku timbun-tambah garam-garam galian dalam batas-batas tanaman (pH terlalu rendah dan EC pula terlalu tinggi-tanah perlu diperbaiki atau dirawat untuk mendapatkan hasil yang baik untuk tanaman musim berikutnya.
• Keselesaan bekerja - Fertigasi: Lebih panas kerana hawa panas di dalam rumah lindungan hujan. Boleh bekerja pada bila-bila masa walaupun di hari hujan. / Konvensional: Kurang panas, tetapi di kala hujan tidak boleh bekerja. Tanah pula tidak boleh dibajak dimusim hujan kerana terlalu lembut manakala dimusim panas yang berpanjangan, tanah pula terlalu keras.
• Pengurusan dan Penjagaan - Fertigasi: Struktur pelindung tanaman, jaring kalis serangga, sistem pengairan titis perlu diurus dan dijaga secara berterusan. / Konvensional: Pengurusan lebih kepada batas-batas tanaman, sistem perparitan dan saliran, alat-alat dan mesin membajak dan juga pam air
• Risiko (serangan serangga perosak, penyakit & kekeringan) - Fertigasi: Rendah (kerana menggunakan dinding kalis serangga pada rumah lindungan dan tiada masalah penyakit bawaan tanah). Masalah kekeringan pula sederhana (hanya berlaku sekiranya terputus bekalan, lalai atau sistem pengairan bocor). / Konvensional: Risiko serangan serangga & penyakit tinggi. Risiko kekeringan rendah kerana akar pokok boleh mendapat air dari tanah atau air hujan.
• Tenaga Buruh - Fertigasi: Bermusim (tinggi terutama di waktu menanam dan mengutip hasil, tetapi boleh dikontrakkan). / Konvensional: Sentiasa tinggi
• Kesan akibat mengubah anak pokok - Fertigasi: Kurang terencat (cepat pulih kerana sistem pengairan yang lebih efisien). / Konvensional: Terencat lebih lama sebelum pulih.
• Keseragaman Pokok - Fertigasi: Lebih seragam (menerima larutan baja yang sama) /Konvensional: Tidak seragam kerana dipengaruhi oleh kesuburan tanah yang berbeza-beza
• Potensi Hasil - Fertigasi: Untuk setiap pokok, setahun dan seunit luas lebih tinggi kerana lebih pusingan setahun, kepadatan pokok lebih tinggi dan bilangan yang mati akibat penyakit akar adalah rendah. / Konvensional: Untuk setiap pokok sederhana, manakala pusingan tanaman setahun terhad kerana proses penyediaan semula tanah. Untuk seunit luas pula rendah kerana kepadatan pokok lebih rendah dan mudah pula terkena penyakit berjangkit yang dibawa tanah
Jenis tanaman - Fertigasi: lebih sesuai untuk tanaman jenis buah / Konvensional: Sesuai untuk semua jenis tanaman.
• Struktur Pelindung Tanaman - Fertigasi: Pra-syarat yang mesti ada namun sekarang ia bukan lagi satu kemestian / Konvensional: Boleh dijalankan tanpa struktur pelindung tanaman
• Dinding jaring kalis serangga - Fertigasi: Boleh ada atau tiada / Konvensional: Tiada
• Sistem Pengairan - Fertigasi: Titis dan berbaja / Konvensional: Sebarang jenis pengairan
• Media Tanaman - Fertigasi: Coco-peat, pasir campuran, arang sekam padi, perlite, peat-moss, vermiculite dll / Konvensional: Tanah
• Veriety Tanaman - Fertigasi: Untuk Tomato, Cili & Melon jenis indeterminate atau hybrid / Konvensional: Indeterminate & determinate atau sebarang jenis veriety.
• Air - Fertigasi: Perlukan air bersih sahaja (paip, air bawah tanah atau air sungai yang bersih) / Konvensional: air bersih bukanlah pra-syarat untuk pengairan.
• Tenaga elektrik - Fertigasi: Sebaiknya ada / Konvensional: Tidak perlu
• Modal - Fertigasi: Tinggi / Konvensional: Rendah
• Pengetahuan Teknikal - Fertigasi: Sangat diperlukan terutamanya dalam pengurusan tanaman dan pengairbajaan / Konvensional: Tidak memerlukan pengetahuan yang terlalu teknikal.
• Tapak tanah (topography) - Fertigasi: Mesti rata supaya pengairan sekata kepada setiap unit tanaman / Konvensional: Tidak semestinya rata.
• Kesuburan Tanah - Fertigasi: Tidak menjadi syarat / Konvensional: Pra-syarat. tanah yang subur perlu untuk mengurangkan kos pengurusan dan penyediaan tanah
• Kos Operasi - Fertigasi: Rendah / Konvensional: Tinggi kerana melibatkan kos meracun rumput, membajak, membuat batas, merumput dan membaja (secara manual)
No comments:
Post a Comment