Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

01 November 2010

ILMU DALAM PERUSAHAAN

Salam, mungkin apa yang saya hendak perkatakan di sini nampak remeh. Namun pada hakikatnya besar perbezaan antara pengusaha yang berilmu dengan tidak berilmu. Beramal tanpa ilmu - rugi, berilmu tapi tidak beramal - rugi. Jadi, jadilah kita di antara keduanya. Berilmu dan beramal @ beramal tapi berilmu.

Saya sendiri pun masih belajar sedikit demi sedikit, alhamdulillah penyertaan saya di seminar anjuran KBioCORP pada 26 Oktober lepas sedikit sebanyak membantu. Dikendalikan oleh Prof Madya Mohd Murray Hunter dari UNIMAP. Bagaimana kita perlu jadi usahawan yang kreatif. Berjaya tidak semestinya perlukan modal yang besar tetapi jiwa yang besar dan kreatif. Manfaatkanlah apa yang kita ada dan apa yang ada disekeliling kita.

Insyaallah, saya akan hadiri satu lagi seminar juga anjuran KBioCORP di Kulim Hitech, Kulim pada 3hb November bertajuk Penggunaan Microorganisma & Enzim dalam Produk Makanan & Kosmetik. Pada luarannya kita nampak tiada kaitan. Tapi apakah yang tersirat? Pernahkah terfikir oleh kita tentang berapa keperluan nutrien oleh tanaman kita? Berapa kandungan yang diterima selama ini? Berapa yang diproses? Bagaimana untuk ketahui? Di mana kita boleh uji? Tidak kan?....

Kerana, bagi umum kita memikirkan bahawa pertanian adalah perkara yang mudah. Tanam- Baja- Siram _ Racun. Tetapi berapa banyak air untuk siram? Berapa kali hendah siram? Berapa banyak baja hendak di beri dan bila? Selebihnya kita berserah kepada Allah untuk tentukan. Berapa yang kita dapat hasil, itu tak perlu kita pikirkan. Kita tak perlu rancang berapa banyak yang kita mahu....
Oleh itu, hendakkah kita sama2 mula mengorak langkah mengubah cara kita mengusaha dari petani yang menerima berapa yang dapat atau menentukan berapa hasil yang kita mahukan?

Selamat majujaya kepada semua...
p/s : Ujian untuk tentukan jumlah kandungan nutrien dalam tanaman boleh di dapati dengan bayaran RM150 setiap ujian.


'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

13 October 2010

MASALAH CILI FERTIGASI

Di dalam penanaman cili, masalah serangan serangga perosak, penyakit sering menjadi igauan buruk kepada pengusaha. Kemusykilan sering timbul, malah membuatkan  pengusaha yang mula berjinak tidak kurang juga yang memasuki musim ke-2 dan seterusnya mula putus asa. Kenapa walaupun penyemburan racun dilakukan sekerap mungkin, malah yang terbaik di pasaran telah di cuba. Namun hasilnya tetap menghampakan.

Adakah serangga perosak tadi telah memiliki imun? Atau racun yang digunakan belum cukup kuat untuk menghadapinya? Tetapi terfikirkah kita bahawa gejala lain yang menjadi punca kepada masalah kemusnahan pokok cili kita? Adakah cara kita menjaga pokok, menyiram atau meracun itu betul? Apakah ilmu sebenar yang belum kita ketahui? Atau adakah rahsia lain yang belum terungkai oleh kita semua?

Ramai yang telah berjaya, namun lebih ramai juga yang gagal. Sebabnya: Serangan penyakit di awal usia . Hasil tidak seberapa. Bencana alam ataupun serangan makhluk perosak. Atau kerana modal yang diluar jangkaan.

Di sini, suka saya berkongsi bahawa kesilapan yang sering timbul ataupun kenaifan yang sering melingkungi pengusaha adalah serangan serangga perosak ataupun lebih tepat lagi pokok rosak akibat serangan penyakit. Apakah puncanya? Pertama: Adakah kita telah pastikan bahawa pH, EC serta ppm yang sepatutnya telah dilaksanakan dengan betul seiring usianya atau keperluannya? Kedua: Adakah persekitaran tanaman sesuai? Ketiga: Adakah cara penjagaan kita betul?

Jawapannya adalah, ketahuilah cara yang betul dari orang yang betul.

'Selamat Maju Jaya'
'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

11 October 2010

Kursus Fertigasi ( Pembajaan yang betul - Kawalan penyakit )

Tanggal 10-10-2010, saya telah mengikuti satu lagi kursus berkenaan fertigasi. Alhamdulillah, kursus ini lebih menumpukan kepada pembajaan yang betul, penggunaan bakteria baik sabagai kawalan kepada serangan penyakit, masalah2 yang bakal timbul akibat pembajaan yang melampau, pentingnya kawalan pH pada tanaman, racun, hormon, serta berbagai ilmu yang berguna bagi meningkatkan hasil keluaran, cara mengurangkan masalah serangan penyakit serta memudahkan kerja2 di dalam sistem fertigasi ini

Terima kasih saya ucapkan kepada sifu kerana ilmu yang amat berguna itu.
Kenalilah pokok anda, maka anda pasti tahu apa keperluan dan kehendaknya...
Selamat maju jaya

21 August 2010

Assalamualaikum wr wb...

Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat yang dihormati sekelian.
Kepada seluruh Warga Malaysia, diucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-53.
 Semoga jadilah kita rakyat Malaysia yang benar2 merdeka keseluruhannya. Jauhilah kita dari bersengketa sesama sendiri.
Teguhkanlah kekuatan dengan bersatu dalam segala bidang apa sekalipun

Untuk makluman juga, buat sementara waktu mungkin penambahan nota dan maklumat tidak dapat dilakukan demi untuk menumpukan kepada laman web yang baru.

Sebarang pertanyaan/perkongsian atau sebarang info dapatlah dikongsi bersama.

Terima kasih

18 August 2010

ANTARA
KULAI 568 & SEMERAH

Di antara cili Kulai 568 dan cili Semerah, mana satukah yang lebih cerewet? Saya yakin ramai yang akan berkata cili semerah lebih senang di jaga, tahan lasak, tak mudah terkena serangan penyakit.
TETAPI, daripada pengalaman saya sendiri, pokok cili Kulai adalah lebih mudah dan kurang serangan berbanding cili Semerah.... Kenapa ya?

Jika cili Kulai, saya perlu memberikan perhatian pada peringkat 3 bulan pertama, namun cili Semerah, di awal tumbesarannya sedikit menunjukkan serangan penyakit......dan perlukan perhatian yang serius.

Mungkin ada pendapat atau pengalaman daripada pengunjung2 yang pernah mengusahakan daripada dua varian di atas? Sama-samalah kita kongsikan

Terima kasih

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

PKM / PHK

PKM?PHK? Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Apakah itu PKM? Apa pula itu PHK? Saya pun begitu juga pada permulaannya. Apa gunanya? Apa kebaikan dan kelebihannya? Atau sekadar untuk menambah kos permulaan? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Baiklah, dari pengalaman saya ia benar2 berfungsi dalam memberikan keyakinan kepada saya untuk meneruskan projek penanaman cili secara fertigasi ini. Seperti semua kita sedia maklum, tanaman cili ini amatlah cerewet dan penuh dengan musuh2 tradisinya.... Seperti hamama, kutu trip tetapi.... yang paling menyakitkan hati adalah white fly ataupun lalat putih. Kerana apa ya? Hmmm sebab sekali serangga ini menyerang, harapannya pokok pasti akan musnah kerana habis segala cairan daun dihisapnya.... Akibatnya pokok cili kita akan terbantut, dan rosak. RISIKONYA adalah kerugian. Berbagai cara, ubat, racun , kaedah dan sebagainya dilakukan untuk mengatasi permasalahan ini.

Namun bagi saya, penemuan ini tidak mengecewakan. Oh ya, fungsinya? Amat mudah. Kenapa pokok kita mudah diserang penyakit serta serangga perosak? Paling utama kurangnya daya tahan terhadap serangan penyakit. Atau mungkin juga serangga tadi sudah lali dengan racun yang kita gunakan selama ini? Atau lebih mudah lagi 'KEBAL'. Betul kan?

Oleh itu, fungsi kedua2 bahan tadi adalah sebagai pengekal pH sabut serba menaikkan pH air baja. Apabila sabut berada dalam keadaan alkali, pokok tidak mudah terkena serangan penyakit. Tetapi pokok kita mudah sangat terkena dan lemah kepada serangan penyakit sebab sabut kita terlalu berasid. Sebabnya hujan kita sudah terlalu berasid. Kita sendiri pun boleh demam jika terkena hujan, apatah lagi dengan pokok2 ini.

Kenapa hujan punca asid? Apa kaitannya? Kenderaan , industri dan sebagainya menjadi punca kenapa asid berleluasa. Bila hujan, bukankah polybag kita yang jadi sasarannya. Jadi, bukankah ini salah satu penyebab kenapa sabut kita cepat berasid.

JADI, tunggu apa lagi? Bertindaklah, Sayangilah pokok2 cili kita. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari. Berpenat lelah kita mulakan namun hasil tidak seberapa kerana pokok musnah dipertengahan.

( Gambar ini di ambil ketika pokok berumur 10 minggu )


'ADAKAH INI YANG KITA IMPIKAN? HMMM TEPUK DADA TANYALAH SELERA.'

17 August 2010

SISTEM  PERPAIPAN

Sistem perpaipan adalah satu situasi di mana pelbagai kaedah dan sistem yang dilaksanakan.
Pelbagai kaedah yang dilakukan seperti;
  • dimatikan disetiap penghujung paip
  • paip keliling dan paip ke barisan pokok yang bersambung tetapi satu paip dikongsi oleh dua barisan pokok
  • paip keliling ke paip barisan yang bersambung tetapi di pecahkan kepada dua cabang dan disalirkan berasingan dimana satu paip untuk setiap barisan pokok
  • paip utama yang dimatikan dipenghujungnya manakala paip di dua barisan pokok bersambung antara keduanya
Namun, walau apa pun caranya, apakah tujuan dan matlamat kita?
  • mengelakkan berlaku mendakan dipenghujung pengairan
  • kos yang lebih efisien
  • kerja yang lebih mudah
  • memudahkan kerja2 mencuci mendakan dilakukan
  • mempercepatkan dan menyekatakan pengagihan air baja ke setiap polybag
  • mengelakkan air baja berada terlalu banyak serta lama di dalam sistem perpaipan- kerana menyebabkan mendakan mudah berlaku disebabkan kepanasan sinaran matahari
Namun bagi pendapat peribadi saya , pemasangan paip yang besar disekeliling secara bersambungan dengan hujung 'A' ke tangki baja manakala hujung 'B' diletakkan 'ball valve' untuk saliran air keluar ketika mencuci keladak manakala paip kecil samada 16mm/20mm di pasang di setiap barisan pokok bagi setiap paip dengan menyambungkan kedua2 hujung kepada paip besar menggunakan o/t valve.
ALASAN: Penyambungan secara berterusan dapat mengelakkan pengumpulan mendakan dipenghujungnya. Disamping itu, pengaliran dan tekanan air adalah lebih sekata. Secara tindak langsung pokok akan mendapat air baja yang sekata dan membesar dengan perbezaan tumbesaran yang minima.

MUNGKIN ANDA MEMPUNYAI PENDAPAT ANDA SENDIRI NAMUN PASTIKAN YANG TERBAIK, YANG TEREFISIEN SERTA TERMURAH KOSNYA.

BERKONGSILAH IDEA ANDA DEMI KEMAJUAN KITA BERSAMA
SESUNGGUHNYA ILMU ITU MILIK ALLAH S.W.T JUA DAN DIA BERHAK MENARIK BILA-BILA MASA YANG DIKEHENDAKINYA,

MAJULAH BANGSAKU, MAJULAH DEMI TUNTUTAN FARDHU KIFAYAH

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'


01 August 2010

Salam,
Insyaallah, di artikel seterusnya saya akan catatkan semua jenis penyakit, serangga perosak serta cara2 mengatasinya. juga saya akan senaraikan segala jenis bahan2 asas, tambahan dan jenis2 racun yang bolehg digunakan dan cara2 penggunaannya berdasarkan apa yang saya praktikkan dan pelajari samada dari jabatan2 tertentu ataupun orang perseorangan, insyaallah.

20 July 2010

Perhatian kepada semua pengusaha fertigasi:-

Diharap dapat jalinkan kerjasama supaya sebarang ilmu, bekalan serta pasaran dapat di kongsi bersama.
"BERSATU KITA KUKUH, BERASINGAN KITA PASTI LEMAH"

10 July 2010

ASSALAMUALAIKUM WR WB DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEMUA PELAYAR BLOG INI SERTA PENGUSAHA DAN PEMINAT FERTIGASI

Kepada pengusaha2 fertigasi yang telah menceburkan diri dalam bidang ini saya ucapkan syabas dan teruskanlah usaha kita tanpa putus asa. Jangan biarkan kegagalan kali pertama adalah kegagalan untuk selamanya. Sebaiknya jadikanlah ia sebagai permulaan untuk mengenali selok belok sebenar sistem fertigasi ini. Sebaiknya tubuhkanlah rangkaian dan saling bekerjasama serta bantu-membantu sesama kita. Kepada yang inginkan pendapat serta tunjukajar, Silalah berhubung dengan saya pada bila-bila masa ataupun pengusaha2 lain tanpa rasa segan dan malu. Janganlah malu untuk mendapatkan ilmu, ibarat kata ilmu jika dimanfaatkan akan bertambah berkatnya.Setiap insan memiliki ilmu yang berbeza, oleh itu bertukar-tukarlah ilmu agar ia berkembang dan lebih baik kita dapat perolehi jalan penyelesaian yang terbaik, mudah,murah serta menguntungkan dari segala faktor.

Namun kepada bakal2 usahawan atau pwncebur baru, dalamilah ilmu kerana tanpa ilmu kita akan sia2. Jadikanlah kegagalan oranglain sebagai pengajaran dan kejayaan oranglain sebagai pedoman... INGAT tu...

Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung agar bersatu untuk memakmurkan industri fertigasi ini serta menjamin kita daripada kejatuhan.

SELAMAT MAJUJAYA KEPADA SEMUA.....AMIN......
Doa saya kita semua akan berjaya.

08 July 2010

PROJEK FERTIGASI DI DAERAH HULU BERNAM

Hari ini kami telah bertemu dengan seoranag insan yang sudi mengeluarkan modal permulaan untuk projek fertigasi yang seterusnya di kawasan Hulu Bernam. Setelah permohonan yang di buat di kebanyakan agensi samada kerajaan mahupun kewangan, semuanya hanyalah penantian yang sia-sia semata. Akhirnya projek kami yang seterusnya , kami dapat juga ikhtiarkan modal untuk pelaksanaannya nanti. Syukur alhamdulillah...

Agensi kewangan? Walaupun projek pertama telah membuahkan hasil, namun untuk mendapatkan modal tambahan amatlah menyiksakan jika kita bukanlah kenalan atau insan yang aktif dengan politik atau yang berstatus. Andaikata kita hanyalah insan biasa, maka berusahalah dengan sendiri. Projek pertama kami mulakan dengan modal sendiri, begitu jugalah dengan projek kedua kami ini, kami terpaksa melangkah dengan usaha dan modal sendiri.

Namun kami bukanlah seperti insan yang hanya mengharap dengan penuh harapan, kami akan berusaha dan terus berusaha hingga berjaya mencapai segala yang dicita dan mengikut segala perancangan kami, INSYAALLAH..

07 July 2010

Ketahuilah

Selain cili merah( kulai) fertigasi juga selalunya digunakan untuk tanaman tomato, rock melon. Dan ia juga boleh juga digunakan untuk penanaman cili api( semerah), timun , roselle dsb asalkan berakar serabut. Cubalah, hasilnya buah yang rangup, besar dan lebat.
Kami mula mengusahakan tanaman fertigasi ini sejak awal tahun lepas. Pada tika itu hanya pengetahuan asas sahaja yang kami perolehi. Kami mulakan dengan 96 pokok cili kulai. Daripada situ kami mula menimba pengalaman serta memahami segala permasalahan yang timbul terhadap pokok cili dan sistem fertigasi ini.

Mungkin rezeki daripada Allah Taala, kami dapat mengikuti kursus anjuran Agrobank dengan kerjasama Mayconsult serta Utusan Malaysia. Tenaga pengajar adalah Dr Mahamud Shahid iaitu Pegawai Penyelidik Prinsipal daripada Mardi di mana individu yang bertanggungjawab membawa teknologi ini ke Malaysia yang kini diusahakan secara meluas di tanah tinggi Cameron.

Kelangsungan daripada itu jugalah berkat nama pengusaha tanaman fertigasi, kami menambah ilmu sedikit lagi setelah bertemu seorang yang ahli dalam bidang Bio Pertanian. Beliaulah yang mmeberi tips bagaimana menjamin pokok dalam keadaan baik dan sihat dengan kos yang minima.

Selepas itu perjumpaan empat mata secara individu telah memberi peluang kepada kami untuk membuat sendiri campuran baja AB serta lain-lain bahan tambahan untuk memastikan pokok dalam keadaan yang optima.

Setelah bersusah payah siang dan malam, panas dan hujan. Hasilnya, kepuasan yang kami terima... alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Pada masa sekarang harga pasaran mencecah hingga RM20/sekg. Bayangkanlah betapa ktitikalnya bekalan cili pada masa kini. Bekalan yang tidak pernah mencukupi walau di mana sahaja.

Nasihat saya, samada cili kulai ataupun cili api, padi semerah atau apa saja variannya... surveylah... kerana setiap jenis mempunyai pasaran tersendiri.
Kedua; jalinkanlah kerjasama sesama pengusaha supaya idea, masalah, pasaran dapat dikongsi bersama

21 July 2009


Sekarang setiap hari, saya pasti akan mengutip hasil dan jual secara kecil-kecilan kepada sesiapa yang berminat. Ramai yang memuji hasil cili yang saya hasilkan dengan komen yang bagus. Mereka memuji cili ini rapuh, kurang pedas & tahan lama

Dah lama tidak mencatatkan perkembangan semasa. Sekarang, saya tengah mengumpul hasil cili semerah. Permintaan yang menggalakkan, walaupun tidak mampu memenuhi permintaan. Hasil yang saya dapat tidak lah sebanyak mana kerana pokok yang ditanam adalah sedikit dalam lingkungan 40 pokok sahaja. Sekarang ini, saya tengah semai anak benih yang baru