20 October 2011

KEBUN IDAMAN SEMUA


Pokok yang membesar dengan sihat dan merimbun pastinya menjadi idaman setiap penanam. Adakah ia akan berkekalan hingga ke akhir kutipan hasilnya?

Susunan yang teratur, jarak yang sesuai, cahaya yang mencukupi adalah membantu dalam penjagaan serta tumbesaran pokok yang sihat serta hasil yang lumayan.

Ruang yang mencukupi untuk dahan merendang akan membantu membuahkan hasil yang lumayan dengan penjagaan serta kawalan yang betul.

 Memadaikah dengan rimbunan seperti ini? Sudah pastinya kita inginkan buah yang lebih lebat dan rimbun... Tetapi dapatkah kita nikamatinya. Atau adakah hasil musim kedua dan yang berikutnya lebih lumayan dari musim sebelumnya atau hasil musim kedua serta yang seterusnya merosot? Kenapa?
Pastinya pokok yang rimbu serta ranting yang banyak akan menghasilkan buah yang lebat juga kerana setiap cabang akan tumbuhnya putik baru dan mungkin dua, tiga siapa yang sangka?

Apa yang perlu adalah penjagaan yang betul bukan penjagaan yang maksima.

Semoga berjaya.....


"PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"

PELAJARI CARA2 PENANAMAN FERTIGASI BAGI BUAH CILI, ROCK MELON SERTA TIMUN

Ingin mengetahui apa itu fertigasi? Inginkan kursus yang lengkap berkenaan tanaman fertigasi? Ingin belajar cara2 membuat baja AB? Ingin belajar cara2 penjagaan dan kawalan samada secara kimia ataupun Natural Farming? Ingin tahu rahsia2 untuk memastikan putik2 bunga tidak gugur? pokok yang merendang? Cabang yang banyak serta buah yanng lebat?
Berhubunglah.....jadilah pengusaha yang berilmu serta bersabar.

"PERTANIAN ITU PERNIAGAAN"

KEBUN ROCK MELON SECARA FERTIGASI

Salam semua, pernahkan anda menikmati kesedapan buah Rock Melon? Dari pandangan pertama, ia kelihatan seperti buah Honey Dew. Cuma bezanya adalah isinya.
 Namun mahukah anda menikmati buah Rock Melon yang rangup serta manis rasanya?
Bagi menjamin kualiti buahnya, buah tadi hendaklah dibalut supaya tidak terluka akibat dari tergesel dengan daunnya yang agak kesat jika dibandingkan dengan buah yang masih muda.
Inilah buah yang masih kecil dan belum di balut... Jadi kena la balut supaya tak cedera..
Cara melilitkan batang pokok pada tali juga perlukan cara yang betul supaya tali2 pokok tadi dapat berpaut pada tali yang dijadikan sokongan menaik. Setiap pokok harus ditinggalkan sebiji atau 2 biji sahaja supaya buahnya cukup besar dan berkualiti. Sebaiknya buah yang dipilih adalah pada tingkat yang ke 7 dan ke 8 sahaja. Buahnya juga boleh mencecah hingga 1.5kg sebiji.
PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI SEPARA ORGANIK


Ini adalah percubaan saya yang pertama tanah secara fertigasi tapi tanpa menggunakan racun kimia. Alhamdulillah, setakat ini dengan penggunaan bakteria baik disamping penggalak OligoChitosan, manakala kawalan secara Natural Farming, inilah hasil yang kelihatan. Namun masih dalam pemantauan kerana serangga masih kelihatan dengan kelulut, ladybird, semut serta lain2 serangga bebas bergerak serta berterbangan kesana kesini. Di harap penggunaan chitosan dapat memberikan  imun yang baik terbaik malah meningkatkan kesuburan media dengan penggunaan bakteria baik tadi.
Kawalan secara semulajadi dapat mengelakkan pokok2 dari menjadi 'stress'.
Inilah cili2 yang bakal dipetik dalam waktu terdekat. Gambar ini di ambil pada hari ke 55 dipindahkan ke polibeg.

01 November 2010

Baja Hormon Untuk Peminat Tanaman Di Rumah

Kepada sesiapa yang berminat untuk bercucuk tanam tetapi tanah tak sesuai? Ingin cuba cara fertigasi tetapi rumit untuk sediakan baja AB. Insyaallah, hubungilah saya, ada jalan penyelesaiannya.

Satu cara kepada peminat tanaman tetapi tinggal di kawasan taman perumahan. Cuma perlu spray pada tanaman seminggu sekali atau 2x seminggu jika di musim hujan. Penyediaan secra organik dan lebih kepada sistem fertigasi.

Insyaallah, anda akan berpuashati...

Selamat mencuba
ILMU DALAM PERUSAHAAN

Salam, mungkin apa yang saya hendak perkatakan di sini nampak remeh. Namun pada hakikatnya besar perbezaan antara pengusaha yang berilmu dengan tidak berilmu. Beramal tanpa ilmu - rugi, berilmu tapi tidak beramal - rugi. Jadi, jadilah kita di antara keduanya. Berilmu dan beramal @ beramal tapi berilmu.

Saya sendiri pun masih belajar sedikit demi sedikit, alhamdulillah penyertaan saya di seminar anjuran KBioCORP pada 26 Oktober lepas sedikit sebanyak membantu. Dikendalikan oleh Prof Madya Mohd Murray Hunter dari UNIMAP. Bagaimana kita perlu jadi usahawan yang kreatif. Berjaya tidak semestinya perlukan modal yang besar tetapi jiwa yang besar dan kreatif. Manfaatkanlah apa yang kita ada dan apa yang ada disekeliling kita.

Insyaallah, saya akan hadiri satu lagi seminar juga anjuran KBioCORP di Kulim Hitech, Kulim pada 3hb November bertajuk Penggunaan Microorganisma & Enzim dalam Produk Makanan & Kosmetik. Pada luarannya kita nampak tiada kaitan. Tapi apakah yang tersirat? Pernahkah terfikir oleh kita tentang berapa keperluan nutrien oleh tanaman kita? Berapa kandungan yang diterima selama ini? Berapa yang diproses? Bagaimana untuk ketahui? Di mana kita boleh uji? Tidak kan?....

Kerana, bagi umum kita memikirkan bahawa pertanian adalah perkara yang mudah. Tanam- Baja- Siram _ Racun. Tetapi berapa banyak air untuk siram? Berapa kali hendah siram? Berapa banyak baja hendak di beri dan bila? Selebihnya kita berserah kepada Allah untuk tentukan. Berapa yang kita dapat hasil, itu tak perlu kita pikirkan. Kita tak perlu rancang berapa banyak yang kita mahu....
Oleh itu, hendakkah kita sama2 mula mengorak langkah mengubah cara kita mengusaha dari petani yang menerima berapa yang dapat atau menentukan berapa hasil yang kita mahukan?

Selamat majujaya kepada semua...
p/s : Ujian untuk tentukan jumlah kandungan nutrien dalam tanaman boleh di dapati dengan bayaran RM150 setiap ujian.


'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

13 October 2010

MASALAH CILI FERTIGASI

Di dalam penanaman cili, masalah serangan serangga perosak, penyakit sering menjadi igauan buruk kepada pengusaha. Kemusykilan sering timbul, malah membuatkan  pengusaha yang mula berjinak tidak kurang juga yang memasuki musim ke-2 dan seterusnya mula putus asa. Kenapa walaupun penyemburan racun dilakukan sekerap mungkin, malah yang terbaik di pasaran telah di cuba. Namun hasilnya tetap menghampakan.

Adakah serangga perosak tadi telah memiliki imun? Atau racun yang digunakan belum cukup kuat untuk menghadapinya? Tetapi terfikirkah kita bahawa gejala lain yang menjadi punca kepada masalah kemusnahan pokok cili kita? Adakah cara kita menjaga pokok, menyiram atau meracun itu betul? Apakah ilmu sebenar yang belum kita ketahui? Atau adakah rahsia lain yang belum terungkai oleh kita semua?

Ramai yang telah berjaya, namun lebih ramai juga yang gagal. Sebabnya: Serangan penyakit di awal usia . Hasil tidak seberapa. Bencana alam ataupun serangan makhluk perosak. Atau kerana modal yang diluar jangkaan.

Di sini, suka saya berkongsi bahawa kesilapan yang sering timbul ataupun kenaifan yang sering melingkungi pengusaha adalah serangan serangga perosak ataupun lebih tepat lagi pokok rosak akibat serangan penyakit. Apakah puncanya? Pertama: Adakah kita telah pastikan bahawa pH, EC serta ppm yang sepatutnya telah dilaksanakan dengan betul seiring usianya atau keperluannya? Kedua: Adakah persekitaran tanaman sesuai? Ketiga: Adakah cara penjagaan kita betul?

Jawapannya adalah, ketahuilah cara yang betul dari orang yang betul.

'Selamat Maju Jaya'
'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

11 October 2010

Kursus Fertigasi ( Pembajaan yang betul - Kawalan penyakit )

Tanggal 10-10-2010, saya telah mengikuti satu lagi kursus berkenaan fertigasi. Alhamdulillah, kursus ini lebih menumpukan kepada pembajaan yang betul, penggunaan bakteria baik sabagai kawalan kepada serangan penyakit, masalah2 yang bakal timbul akibat pembajaan yang melampau, pentingnya kawalan pH pada tanaman, racun, hormon, serta berbagai ilmu yang berguna bagi meningkatkan hasil keluaran, cara mengurangkan masalah serangan penyakit serta memudahkan kerja2 di dalam sistem fertigasi ini

Terima kasih saya ucapkan kepada sifu kerana ilmu yang amat berguna itu.
Kenalilah pokok anda, maka anda pasti tahu apa keperluan dan kehendaknya...
Selamat maju jaya
Kesesatan Dalam Sistem Fertigasi

Salam sejahtera kepada semua pengusaha fertigasi. Pengusaha senior, bakal2 usahawan dan penjinak kecil2an. Apakah yang dimaksudkan dengan kesesatan dalam fertigasi? Macam2 yang kita dengar. Penggunaan zeolite, penggunaan EM, meracun tanpa batasan, baja organik, pengairan yang berterusan dsb. Jadi, dimanakah kita? Adakah bakal2 usahawan yang terus mewarisi kegagalan, kesilapan serta kesesatan pengusaha yang terdahulu? Atau adakah kita mengambil iktibar dari kegagalan pengusaha2 yang gagal ini untuk meningkatkan diri? Atau adakah kita ingin mewarisi kejayaan pengusaha2 yang telah terbukti berjaya yang bukan sekadar berjaya tetapi yang berilmu..... Kita sendiri yang tentukan. Persoalannya sekarang, dimanakah hendak kita perolehi ilmu2 insan yang berjaya ini? Di laman sembang? Layari internet atau bagaimana?

Walau apapun caranya, kita pastikanlah bahawa ilmu yang kita perolehi itu benar2 membuahkan hasil dan menjimatkan. Alasannya,setiap bakal usahawan yang menceburi bidang fertigasi ini adalah inginkan keuntungan.. Maka, kesimpulannya adalah, ilmu yang kita perolehi adalah berasas serta teknologi yang bakal kita praktikkan nanti terbukti menjimatkan serta menguntungkan.

Ilmu yang salah juga akan merugikan kerana merosakkan segala usaha kita selama ini.

'FIKIR-FIKIRKANLAH'

06 October 2010

Brogard ( Pekatan Kawalan Serangga ) ialah sejenis bahan aktif herba organik. Ia bertindak untuk mengawal serangga secara sentuhan dan sistematik.Sangat sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman berbuah dan sayuran seperti cili, terung, tembikai, limau, tomato serta sayuran berdaun. Mengawal serangga perosak seperti hamama, pelombong daun, thrips, aphids, lalat putih, prutela serta ulat ratus.

28 September 2010

Benih Cili

  • Cili Kulai 151 (baru) -  buah lebih berat dan terpilih
  • Cili Kulai 469 - harga lebih mahal tapi benih lebih berkualiti berbanding 568
  • Cili Kulai 568 - buah yang sederhana pedas dan harga lebih murah
Selamat Mencuba
Jenis-jenis Racun Untuk Kawalan Pokok Cili

  • Monceren 25WP untuk kulat
  • Previcure-N untuk kulat ataupun sebagai perawat benih
  • Mitac untuk hamama
  • Solomon untuk ulat buah/kutu trip/lalat putih
  • Mospilan untuk lalat putih
  • Nurell untuk hamama
  • Confidor untuk lalat putih
Namun demikian ada pelbagai lagi racun serangga untuk kawalan perosak yang lebih rendah kosnya , tetapi hasilnya bergantung kepada kawasan tanaman.

Selamat mencuba

30 August 2010

Perbandingan Antara Fertigasi & Penanaman secara Konvensional


Kualiti Hasil - Fertigasi: Tinggi / Konvensional: Tidak menentu

Mengutip Hasil - Fertigasi: Lebih cepat dipetik hasilnya (pokok lebih subur) serta tempoh mengutip hasil lebih panjang / Konvensional: Lambat mengutip hasil lebih-lebih lagi ketika musim kemarau ataupun waktu musim tengkujuh yang berpanjangan serta tempoh mengutip hasil lebih pendek.

Kejerihan - Fertigasi: Rendah / Konvensional: Tinggi

Kesan ke atas alam sekitar - Fertigasi: Mesra alam (penggunaan baja dan racun yang terkawal) / Konvensional: Penggunaan najis haiwan boleh menyebabkan pencemaran alam (udara), air bawah tanah mungkin tercemar selain boleh menyebabkan hakisan tanah sekiranya ditanam di lereng-lereng bukit. Selain itu boleh berlaku timbun-tambah garam-garam galian dalam batas-batas tanaman (pH terlalu rendah dan EC pula terlalu tinggi-tanah perlu diperbaiki atau dirawat untuk mendapatkan hasil yang baik untuk tanaman musim berikutnya.

Keselesaan bekerja - Fertigasi: Lebih panas kerana hawa panas di dalam rumah lindungan hujan. Boleh bekerja pada bila-bila masa walaupun di hari hujan. / Konvensional: Kurang panas, tetapi di kala hujan tidak boleh bekerja. Tanah pula tidak boleh dibajak dimusim hujan kerana terlalu lembut manakala dimusim panas yang berpanjangan, tanah pula terlalu keras.

Pengurusan dan Penjagaan - Fertigasi: Struktur pelindung tanaman, jaring kalis serangga, sistem pengairan titis perlu diurus dan dijaga secara berterusan. / Konvensional: Pengurusan lebih kepada batas-batas tanaman, sistem perparitan dan saliran, alat-alat dan mesin membajak dan juga pam air


• Risiko (serangan serangga perosak, penyakit & kekeringan) - Fertigasi: Rendah (kerana menggunakan dinding kalis serangga pada rumah lindungan dan tiada masalah penyakit bawaan tanah). Masalah kekeringan pula sederhana (hanya berlaku sekiranya terputus bekalan, lalai atau sistem pengairan bocor). / Konvensional: Risiko serangan serangga & penyakit tinggi. Risiko kekeringan rendah kerana akar pokok boleh mendapat air dari tanah atau air hujan.



Tenaga Buruh - Fertigasi: Bermusim (tinggi terutama di waktu menanam dan mengutip hasil, tetapi boleh dikontrakkan). / Konvensional: Sentiasa tinggi



Kesan akibat mengubah anak pokok - Fertigasi: Kurang terencat (cepat pulih kerana sistem pengairan yang lebih efisien). / Konvensional: Terencat lebih lama sebelum pulih.



Keseragaman Pokok - Fertigasi: Lebih seragam (menerima larutan baja yang sama) /Konvensional: Tidak seragam kerana dipengaruhi oleh kesuburan tanah yang berbeza-beza



Potensi Hasil - Fertigasi: Untuk setiap pokok, setahun dan seunit luas lebih tinggi kerana lebih pusingan setahun, kepadatan pokok lebih tinggi dan bilangan yang mati akibat penyakit akar adalah rendah. / Konvensional: Untuk setiap pokok sederhana, manakala pusingan tanaman setahun terhad kerana proses penyediaan semula tanah. Untuk seunit luas pula rendah kerana kepadatan pokok lebih rendah dan mudah pula terkena penyakit berjangkit yang dibawa tanah



 Jenis tanaman - Fertigasi: lebih sesuai untuk tanaman jenis buah / Konvensional: Sesuai untuk semua jenis tanaman.

• Struktur Pelindung Tanaman - Fertigasi: Pra-syarat yang mesti ada namun sekarang ia bukan lagi satu kemestian / Konvensional: Boleh dijalankan tanpa struktur pelindung tanaman

Dinding jaring kalis serangga - Fertigasi: Boleh ada atau tiada / Konvensional: Tiada

Sistem Pengairan - Fertigasi: Titis dan berbaja / Konvensional: Sebarang jenis pengairan

Media Tanaman - Fertigasi: Coco-peat, pasir campuran, arang sekam padi, perlite, peat-moss, vermiculite dll / Konvensional: Tanah

Veriety Tanaman - Fertigasi: Untuk Tomato, Cili & Melon jenis indeterminate atau hybrid / Konvensional: Indeterminate & determinate atau sebarang jenis veriety.

Air - Fertigasi: Perlukan air bersih sahaja (paip, air bawah tanah atau air sungai yang bersih) / Konvensional: air bersih bukanlah pra-syarat untuk pengairan.

Tenaga elektrik - Fertigasi: Sebaiknya ada / Konvensional: Tidak perlu

Modal - Fertigasi: Tinggi / Konvensional: Rendah

Pengetahuan Teknikal - Fertigasi: Sangat diperlukan terutamanya dalam pengurusan tanaman dan pengairbajaan / Konvensional: Tidak memerlukan pengetahuan yang terlalu teknikal.

Tapak tanah (topography) - Fertigasi: Mesti rata supaya pengairan sekata kepada setiap unit tanaman / Konvensional: Tidak semestinya rata.

Kesuburan Tanah - Fertigasi: Tidak menjadi syarat / Konvensional: Pra-syarat. tanah yang subur perlu untuk mengurangkan kos pengurusan dan penyediaan tanah

Kos Operasi - Fertigasi: Rendah / Konvensional: Tinggi kerana melibatkan kos meracun rumput, membajak, membuat batas, merumput dan membaja (secara manual)

21 August 2010

Assalamualaikum wr wb...

Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat yang dihormati sekelian.
Kepada seluruh Warga Malaysia, diucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-53.
 Semoga jadilah kita rakyat Malaysia yang benar2 merdeka keseluruhannya. Jauhilah kita dari bersengketa sesama sendiri.
Teguhkanlah kekuatan dengan bersatu dalam segala bidang apa sekalipun

Untuk makluman juga, buat sementara waktu mungkin penambahan nota dan maklumat tidak dapat dilakukan demi untuk menumpukan kepada laman web yang baru.

Sebarang pertanyaan/perkongsian atau sebarang info dapatlah dikongsi bersama.

Terima kasih

18 August 2010

ANTARA
KULAI 568 & SEMERAH

Di antara cili Kulai 568 dan cili Semerah, mana satukah yang lebih cerewet? Saya yakin ramai yang akan berkata cili semerah lebih senang di jaga, tahan lasak, tak mudah terkena serangan penyakit.
TETAPI, daripada pengalaman saya sendiri, pokok cili Kulai adalah lebih mudah dan kurang serangan berbanding cili Semerah.... Kenapa ya?

Jika cili Kulai, saya perlu memberikan perhatian pada peringkat 3 bulan pertama, namun cili Semerah, di awal tumbesarannya sedikit menunjukkan serangan penyakit......dan perlukan perhatian yang serius.

Mungkin ada pendapat atau pengalaman daripada pengunjung2 yang pernah mengusahakan daripada dua varian di atas? Sama-samalah kita kongsikan

Terima kasih

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

PKM / PHK

PKM?PHK? Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Apakah itu PKM? Apa pula itu PHK? Saya pun begitu juga pada permulaannya. Apa gunanya? Apa kebaikan dan kelebihannya? Atau sekadar untuk menambah kos permulaan? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Baiklah, dari pengalaman saya ia benar2 berfungsi dalam memberikan keyakinan kepada saya untuk meneruskan projek penanaman cili secara fertigasi ini. Seperti semua kita sedia maklum, tanaman cili ini amatlah cerewet dan penuh dengan musuh2 tradisinya.... Seperti hamama, kutu trip tetapi.... yang paling menyakitkan hati adalah white fly ataupun lalat putih. Kerana apa ya? Hmmm sebab sekali serangga ini menyerang, harapannya pokok pasti akan musnah kerana habis segala cairan daun dihisapnya.... Akibatnya pokok cili kita akan terbantut, dan rosak. RISIKONYA adalah kerugian. Berbagai cara, ubat, racun , kaedah dan sebagainya dilakukan untuk mengatasi permasalahan ini.

Namun bagi saya, penemuan ini tidak mengecewakan. Oh ya, fungsinya? Amat mudah. Kenapa pokok kita mudah diserang penyakit serta serangga perosak? Paling utama kurangnya daya tahan terhadap serangan penyakit. Atau mungkin juga serangga tadi sudah lali dengan racun yang kita gunakan selama ini? Atau lebih mudah lagi 'KEBAL'. Betul kan?

Oleh itu, fungsi kedua2 bahan tadi adalah sebagai pengekal pH sabut serba menaikkan pH air baja. Apabila sabut berada dalam keadaan alkali, pokok tidak mudah terkena serangan penyakit. Tetapi pokok kita mudah sangat terkena dan lemah kepada serangan penyakit sebab sabut kita terlalu berasid. Sebabnya hujan kita sudah terlalu berasid. Kita sendiri pun boleh demam jika terkena hujan, apatah lagi dengan pokok2 ini.

Kenapa hujan punca asid? Apa kaitannya? Kenderaan , industri dan sebagainya menjadi punca kenapa asid berleluasa. Bila hujan, bukankah polybag kita yang jadi sasarannya. Jadi, bukankah ini salah satu penyebab kenapa sabut kita cepat berasid.

JADI, tunggu apa lagi? Bertindaklah, Sayangilah pokok2 cili kita. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari. Berpenat lelah kita mulakan namun hasil tidak seberapa kerana pokok musnah dipertengahan.

( Gambar ini di ambil ketika pokok berumur 10 minggu )


'ADAKAH INI YANG KITA IMPIKAN? HMMM TEPUK DADA TANYALAH SELERA.'

17 August 2010

SISTEM  PERPAIPAN

Sistem perpaipan adalah satu situasi di mana pelbagai kaedah dan sistem yang dilaksanakan.
Pelbagai kaedah yang dilakukan seperti;
  • dimatikan disetiap penghujung paip
  • paip keliling dan paip ke barisan pokok yang bersambung tetapi satu paip dikongsi oleh dua barisan pokok
  • paip keliling ke paip barisan yang bersambung tetapi di pecahkan kepada dua cabang dan disalirkan berasingan dimana satu paip untuk setiap barisan pokok
  • paip utama yang dimatikan dipenghujungnya manakala paip di dua barisan pokok bersambung antara keduanya
Namun, walau apa pun caranya, apakah tujuan dan matlamat kita?
  • mengelakkan berlaku mendakan dipenghujung pengairan
  • kos yang lebih efisien
  • kerja yang lebih mudah
  • memudahkan kerja2 mencuci mendakan dilakukan
  • mempercepatkan dan menyekatakan pengagihan air baja ke setiap polybag
  • mengelakkan air baja berada terlalu banyak serta lama di dalam sistem perpaipan- kerana menyebabkan mendakan mudah berlaku disebabkan kepanasan sinaran matahari
Namun bagi pendapat peribadi saya , pemasangan paip yang besar disekeliling secara bersambungan dengan hujung 'A' ke tangki baja manakala hujung 'B' diletakkan 'ball valve' untuk saliran air keluar ketika mencuci keladak manakala paip kecil samada 16mm/20mm di pasang di setiap barisan pokok bagi setiap paip dengan menyambungkan kedua2 hujung kepada paip besar menggunakan o/t valve.
ALASAN: Penyambungan secara berterusan dapat mengelakkan pengumpulan mendakan dipenghujungnya. Disamping itu, pengaliran dan tekanan air adalah lebih sekata. Secara tindak langsung pokok akan mendapat air baja yang sekata dan membesar dengan perbezaan tumbesaran yang minima.

MUNGKIN ANDA MEMPUNYAI PENDAPAT ANDA SENDIRI NAMUN PASTIKAN YANG TERBAIK, YANG TEREFISIEN SERTA TERMURAH KOSNYA.

BERKONGSILAH IDEA ANDA DEMI KEMAJUAN KITA BERSAMA
SESUNGGUHNYA ILMU ITU MILIK ALLAH S.W.T JUA DAN DIA BERHAK MENARIK BILA-BILA MASA YANG DIKEHENDAKINYA,

MAJULAH BANGSAKU, MAJULAH DEMI TUNTUTAN FARDHU KIFAYAH

'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'


14 August 2010

ANAK BENIH CILI SEMERAH UNTK DI JUAL

Kepada sesiapa yg berminat, silalah berhubung dengan :
Khair 016-4774 833

Sebarang urusan penghantaran atau perbincangan boleh diuruskan.

Tray 104 lubang cili semerah dengan harga RM80.00

13 August 2010

ANAK BENIH UNTUK TEMPAHAN

Sebarang tempahan anak benih cili semerah / kulai sila buat sebulan sebelum dengan pembayaran deposit 50%....

atau

sila mencuba sendiri seperti yang ditunjukkan di bahagian 'semaian'

SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA