ILMU DALAM PERUSAHAAN
Salam, mungkin apa yang saya hendak perkatakan di sini nampak remeh. Namun pada hakikatnya besar perbezaan antara pengusaha yang berilmu dengan tidak berilmu. Beramal tanpa ilmu - rugi, berilmu tapi tidak beramal - rugi. Jadi, jadilah kita di antara keduanya. Berilmu dan beramal @ beramal tapi berilmu.
Saya sendiri pun masih belajar sedikit demi sedikit, alhamdulillah penyertaan saya di seminar anjuran KBioCORP pada 26 Oktober lepas sedikit sebanyak membantu. Dikendalikan oleh Prof Madya Mohd Murray Hunter dari UNIMAP. Bagaimana kita perlu jadi usahawan yang kreatif. Berjaya tidak semestinya perlukan modal yang besar tetapi jiwa yang besar dan kreatif. Manfaatkanlah apa yang kita ada dan apa yang ada disekeliling kita.
Insyaallah, saya akan hadiri satu lagi seminar juga anjuran KBioCORP di Kulim Hitech, Kulim pada 3hb November bertajuk Penggunaan Microorganisma & Enzim dalam Produk Makanan & Kosmetik. Pada luarannya kita nampak tiada kaitan. Tapi apakah yang tersirat? Pernahkah terfikir oleh kita tentang berapa keperluan nutrien oleh tanaman kita? Berapa kandungan yang diterima selama ini? Berapa yang diproses? Bagaimana untuk ketahui? Di mana kita boleh uji? Tidak kan?....
Kerana, bagi umum kita memikirkan bahawa pertanian adalah perkara yang mudah. Tanam- Baja- Siram _ Racun. Tetapi berapa banyak air untuk siram? Berapa kali hendah siram? Berapa banyak baja hendak di beri dan bila? Selebihnya kita berserah kepada Allah untuk tentukan. Berapa yang kita dapat hasil, itu tak perlu kita pikirkan. Kita tak perlu rancang berapa banyak yang kita mahu....
Oleh itu, hendakkah kita sama2 mula mengorak langkah mengubah cara kita mengusaha dari petani yang menerima berapa yang dapat atau menentukan berapa hasil yang kita mahukan?
Selamat majujaya kepada semua...
p/s : Ujian untuk tentukan jumlah kandungan nutrien dalam tanaman boleh di dapati dengan bayaran RM150 setiap ujian.
'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'