20 October 2011

PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI SEPARA ORGANIK


Ini adalah percubaan saya yang pertama tanah secara fertigasi tapi tanpa menggunakan racun kimia. Alhamdulillah, setakat ini dengan penggunaan bakteria baik disamping penggalak OligoChitosan, manakala kawalan secara Natural Farming, inilah hasil yang kelihatan. Namun masih dalam pemantauan kerana serangga masih kelihatan dengan kelulut, ladybird, semut serta lain2 serangga bebas bergerak serta berterbangan kesana kesini. Di harap penggunaan chitosan dapat memberikan  imun yang baik terbaik malah meningkatkan kesuburan media dengan penggunaan bakteria baik tadi.
Kawalan secara semulajadi dapat mengelakkan pokok2 dari menjadi 'stress'.
Inilah cili2 yang bakal dipetik dalam waktu terdekat. Gambar ini di ambil pada hari ke 55 dipindahkan ke polibeg.

01 November 2010

Baja Hormon Untuk Peminat Tanaman Di Rumah

Kepada sesiapa yang berminat untuk bercucuk tanam tetapi tanah tak sesuai? Ingin cuba cara fertigasi tetapi rumit untuk sediakan baja AB. Insyaallah, hubungilah saya, ada jalan penyelesaiannya.

Satu cara kepada peminat tanaman tetapi tinggal di kawasan taman perumahan. Cuma perlu spray pada tanaman seminggu sekali atau 2x seminggu jika di musim hujan. Penyediaan secra organik dan lebih kepada sistem fertigasi.

Insyaallah, anda akan berpuashati...

Selamat mencuba
ILMU DALAM PERUSAHAAN

Salam, mungkin apa yang saya hendak perkatakan di sini nampak remeh. Namun pada hakikatnya besar perbezaan antara pengusaha yang berilmu dengan tidak berilmu. Beramal tanpa ilmu - rugi, berilmu tapi tidak beramal - rugi. Jadi, jadilah kita di antara keduanya. Berilmu dan beramal @ beramal tapi berilmu.

Saya sendiri pun masih belajar sedikit demi sedikit, alhamdulillah penyertaan saya di seminar anjuran KBioCORP pada 26 Oktober lepas sedikit sebanyak membantu. Dikendalikan oleh Prof Madya Mohd Murray Hunter dari UNIMAP. Bagaimana kita perlu jadi usahawan yang kreatif. Berjaya tidak semestinya perlukan modal yang besar tetapi jiwa yang besar dan kreatif. Manfaatkanlah apa yang kita ada dan apa yang ada disekeliling kita.

Insyaallah, saya akan hadiri satu lagi seminar juga anjuran KBioCORP di Kulim Hitech, Kulim pada 3hb November bertajuk Penggunaan Microorganisma & Enzim dalam Produk Makanan & Kosmetik. Pada luarannya kita nampak tiada kaitan. Tapi apakah yang tersirat? Pernahkah terfikir oleh kita tentang berapa keperluan nutrien oleh tanaman kita? Berapa kandungan yang diterima selama ini? Berapa yang diproses? Bagaimana untuk ketahui? Di mana kita boleh uji? Tidak kan?....

Kerana, bagi umum kita memikirkan bahawa pertanian adalah perkara yang mudah. Tanam- Baja- Siram _ Racun. Tetapi berapa banyak air untuk siram? Berapa kali hendah siram? Berapa banyak baja hendak di beri dan bila? Selebihnya kita berserah kepada Allah untuk tentukan. Berapa yang kita dapat hasil, itu tak perlu kita pikirkan. Kita tak perlu rancang berapa banyak yang kita mahu....
Oleh itu, hendakkah kita sama2 mula mengorak langkah mengubah cara kita mengusaha dari petani yang menerima berapa yang dapat atau menentukan berapa hasil yang kita mahukan?

Selamat majujaya kepada semua...
p/s : Ujian untuk tentukan jumlah kandungan nutrien dalam tanaman boleh di dapati dengan bayaran RM150 setiap ujian.


'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'

13 October 2010

MASALAH CILI FERTIGASI

Di dalam penanaman cili, masalah serangan serangga perosak, penyakit sering menjadi igauan buruk kepada pengusaha. Kemusykilan sering timbul, malah membuatkan  pengusaha yang mula berjinak tidak kurang juga yang memasuki musim ke-2 dan seterusnya mula putus asa. Kenapa walaupun penyemburan racun dilakukan sekerap mungkin, malah yang terbaik di pasaran telah di cuba. Namun hasilnya tetap menghampakan.

Adakah serangga perosak tadi telah memiliki imun? Atau racun yang digunakan belum cukup kuat untuk menghadapinya? Tetapi terfikirkah kita bahawa gejala lain yang menjadi punca kepada masalah kemusnahan pokok cili kita? Adakah cara kita menjaga pokok, menyiram atau meracun itu betul? Apakah ilmu sebenar yang belum kita ketahui? Atau adakah rahsia lain yang belum terungkai oleh kita semua?

Ramai yang telah berjaya, namun lebih ramai juga yang gagal. Sebabnya: Serangan penyakit di awal usia . Hasil tidak seberapa. Bencana alam ataupun serangan makhluk perosak. Atau kerana modal yang diluar jangkaan.

Di sini, suka saya berkongsi bahawa kesilapan yang sering timbul ataupun kenaifan yang sering melingkungi pengusaha adalah serangan serangga perosak ataupun lebih tepat lagi pokok rosak akibat serangan penyakit. Apakah puncanya? Pertama: Adakah kita telah pastikan bahawa pH, EC serta ppm yang sepatutnya telah dilaksanakan dengan betul seiring usianya atau keperluannya? Kedua: Adakah persekitaran tanaman sesuai? Ketiga: Adakah cara penjagaan kita betul?

Jawapannya adalah, ketahuilah cara yang betul dari orang yang betul.

'Selamat Maju Jaya'
'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'